BERITA TERKINI   PM Anwar gesa anak muda tolak politik kebencian, bersatu dan tingkatkan kemahiran demi masa depan negara | PM Anwar yakin Kabinet setuju cadangan dedah laporan RCI Lembaga Tabung Haji kepada umum | Sultan Terengganu berada dalam keadaan sihat dan akan meneruskan rawatan susulan di luar negara seperti dijadualkan - Pejabat Sultan Terengganu | Enam maut dalam kemalangan melibatkan dua kenderaan di Jalan Karak Lama menghala Temerloh, Pahang awal pagi tadi - Bomba | 

Bekalan Cukup Dan Permintaan Seimbang, Pasaran Getah Dijangka Rendah Minggu Depan

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 25 Julai (Bernama) -- Pasaran Getah Kuala Lumpur dijangka diniagakan rendah sedikit minggu depan susulan bekalan mencukupi, permintaan seimbang selain pembelian spekulatif yang terhad walaupun di tengah-tengah ketegangan geopolitik serta lonjakan harga minyak.

Pakar Industri Denis Low berkata pasaran bagaimanapun berkemungkinan kekal berdaya tahan ketika perang Amerika Syarikat (AS)-Iran memasuki hari ke-150 minggu depan dengan harga minyak mentah melantun ke paras kira-kira US$95 setong, sekali gus memburukkan lagi ketidaktentuan di serata pasaran komoditi global.

Ad Banner

Beliau berkata kenaikan harga minyak juga dijangka meningkatkan kos logistik walaupun memberi kesan terhad terhadap pasaran getah.

“Laporan fenomena cuaca luar biasa yang menyebabkan hujan lebat juga kelihatan lebih terkawal. Berikutan itu, kita menyaksikan produktiviti getah yang lebih kondusif dan ini menyumbang kepada bekalan yang mencukupi pada minggu-minggu akan datang.

“Dari segi permintaan, dijangkakan tidak banyak pembelian spekulatif kecuali bagi tujuan menambah stok simpanan yang lazim berlaku. Kita juga menyaksikan minggu yang agak suram dengan penawaran dan permintaan saling seimbang selain kecenderungan untuk harga di paras rendah sedikit,” katanya kepada Bernama.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jabatan Meterologi Thailand telah mengeluarkan ramalan hujan lebat terpencil di serata negara itu manakala Malaysia juga dijangka mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri di Semenanjung Malaysia dan di Sabah.

Bagi perbandingan Jumaat hingga Jumaat, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia bagi Getah Mutu Malaysia SMR 20 naik lima sen kepada 892.0 sen sekilogram manakala lateks pukal turun empat sen kepada 718.0 sen sekilogram.

-- BERNAMA