BERITA TERKINI   Institusi wakaf dan dakwah perlu kuasai teknologi digital dan AI untuk kekal relevan - PM Anwar | Oriental Interest Bhd cadang ambil alih seluruh kepentingan ekuiti dalam Chin Hin (Jitra) Sdn Bhd, CHJ Motor Holdings Sdn Bhd pada harga RM280 juta | Dewan Negara lulus Rang Undang-Undang Suruhanjaya Persaingan (Pindaan) 2026 | SNS Network (M) Sdn Bhd peroleh kontrak bernilai RM1.21 bilion untuk bekal pelayan AI berprestasi tinggi kepada syarikat hiburan digital global berpangkalan di Singapura | Kerajaan tidak akan bertoleransi terhadap pelarian yang mengancam keselamatan dan menimbulkan keresahan penduduk tempatan - PM Anwar | 

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama Lain Menjelang Mesyuarat Fed

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 27 Julai (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama lain pada Isnin, menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) pada Selasa dan Rabu antaranya bagi menetapkan pendirian berkaitan kadar faedah.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.0835/0875 berbanding dolar AS daripada 4.0885/0935 ketika ditutup pada Jumaat lepas.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata sepanjang dagangan, ringgit diniagakan dalam julat kecil kebanyakannya berbanding dolar AS.

"Pelabur kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Fed (FOMC) yang dijadualkan pada 28 dan 29 Julai," katanya kepada Bernama.

Beliau  berkata harga minyak mentah susut selepas AS dan Iran menghentikan serangan pada hujung minggu, dengan minyak mentah West Texas Intermediate turuh 6.98 peratus kepada US$83.08 setong manakala minyak mentah Brent menguncup 7.94 peratus kepada US$89.10 setong.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Bagaimanapun, masih terlalu awal untuk menilai keadaan ini, memandangkan perkembangan masih sangat tidak menentu,” katanya.

Pada akhir dagangan, ringgit tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan naik berbanding yen Jepun kepada 2.4969/4994 daripada 2.4976/5008 ketika ditutup pada Jumaat lepas, dan meningkat berbanding euro kepada 4.6536/6581 daripada 4.6556/6613.

Unit domestik lebih tinggi berbanding pound British kepada 5.4433/4486 daripada 5.4442/4509.

Bagaimanapun, ringgit mencatat prestasi bercampur-campur berbanding mata wang negara serantau ASEAN.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 226.7/227.0 daripada 227.6/227.9 pada Jumaat lepas, dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1653/1686 daripada 3.1667/1708.

Ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 12.1612/1775 daripada 12.1414/1606, dan susut berbanding peso Filipina kepada 6.62/6.63 daripada 6.61/6.62.

-- BERNAMA