BERITA TERKINI   Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd menghimpunkan barisan pemimpin daripada sektor awam dan swasta - Kementerian Digital | Aireen Omar dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah AI Malaysia Bhd - Kementerian Digital | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan nisbah kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Jemaah Menteri luluskan secara prinsip pertambahan kerusi Parlimen Sabah dan Sarawak selaras dengan MA63 - PM Anwar | Pengumuman jumlah bayaran interim untuk Sarawak pada Sambutan Hari Malaysia di Kuching, 16 Sept - PM Anwar | 

Rakuten Trade Kekalkan Sasaran FBM KLCI 1,770 Pada Akhir 2026, Belanjawan 2027 Jadi Penentu

KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Rakuten Trade Sdn Bhd mengekalkan sasaran indeks FBM KLCI iaitu penunjuk utama Bursa Malaysia bagi akhir 2026 pada 1,770, didorong oleh kebolehlihatan perolehan lebih jelas daripada perbelanjaan Malaysia ke atas sektor tenaga dan infrastruktur grid.

Firma pembrokeran ekuiti digital itu turut mengunjurkan Belanjawan 2027 yang akan dibentangkan pada 9 Oktober ini, berperanan sebagai mengesahkan berbanding menangguhkan secara ketara perbelanjaan peralihan tenaga dan berkaitan grid yang dirancang.

Menurutnya, meskipun jualan bersih oleh pelabur asing berjumlah kira-kira RM2 bilion pada Ogos lepas, pelaburan domestik terus menyokong pasaran.

Ad Banner

Pada masa sama, prestasi kewangan terkini turut menunjukkan pertumbuhan yang kekal kukuh dengan sektor utiliti menjadi antara penyumbang utama.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan sasaran 1,770 berkenaan. Musim pelaporan kewangan terkini juga jelas menunjukkan pertumbuhan kekal kukuh dengan utiliti menjadi antara penyumbangnya yang membabitkan grid dan bukannya kitaran cip,” kata Ketua Penyelidikan Kenny Yee dalam kenyataan hari ini.

Selain itu, Rakuten Trade menganggap pelaburan berterusan Malaysia dalam prasarana tenaga sebagai pemangkin perolehan utama dalam tempoh menjelang akhir tahun dan seterusnya.

Ad Banner
Ad Banner

Firma itu berkata terdapat peluang yang melangkaui sektor tenaga boleh baharu (TBB) tradisional memandangkan pengembangan grid memerlukan pelaburan berterusan dalam sistem penghantaran, pencawang, sistem elektrik serta kerja-kerja kejuruteraan yang berkaitan.

Dalam pada itu, kerajaan turut mengenal pasti peralihan tenaga sebagai antara lima sektor keutamaan bagi Belanjawan 2027 bersama sektor semikonduktor, ekonomi digital, kecerdasan buatan dan kewangan Islam.

“Program perbelanjaan modal grid Tenaga Nasional Bhd telah meningkat kepada RM43 bilion bagi tempoh 2025-2027 berbanding RM21 bilion yang dibelanjakan 2022 hingga 2024.

“Pelaburan seterusnya diperkukan menerusi 2030 ketika grid kebangsaan dipertingkat untuk menyokong TBB, penyimpanan bateri dan peningkatan permintaan ternaga elektrik, termasuk daripada pusat data,” menurutnya.

Firma pembrokeran itu juga menyifatkan Belanjawan 2027 sebagai berperanan sebagai ujian penting seterusnya terhadap sasaran berkenaan.

Selain itu, Yee berkata Rakuten Trade akan meneliti semula sasaran KLCI berkenaan jika Belanjawan 2027 mendorong ke arah perbelanjaan peralihan tenaga ke bahagian seterusnya dalam tempoh yang dirancangkan atau jika peruntukan grid lebih rendah daripada yang dibayangkan sebelum ini.

Bagi kemajuan masa depan, firma pembrokeran itu menjangkakan wujudnya risiko daripada aspek seperti peruntukan yang lebih rendah daripada jangkaan awal, penangguhan tender infrastruktur utama dan pelaksanaan projek, aliran keluar dana asing yang berterusan serta kadar faedah global yang tidak menentu.

-- BERNAMA