BERITA TERKINI   Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Elak Risiko Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini terjejas oleh sentimen berhati-hati mengelak risiko merentas pasaran global di tengah-tengah tekanan jualan dalam sektor semikonduktor. 

Pada 6 petang, mata wang tempatan menyusut kepada 4.0565/0610 berbanding dolar AS daripada paras 4.0445/0490 pada Khamis.

Ad Banner
Ad Banner

Rakan pengurusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata ringgit berdepan tekanan apabila para pelabur mengambil pendekatan berhati-hati susulan keadaan tidak menentu dalam pasaran global.

“Kami juga melihat permintaan terhadap dolar AS sebagai aset selamat berbanding mata wang utama lain seperti euro dan dolar Australia, yang turut memberi kesan kepada mata wang rantau Asia,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ketua ahli ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit menyusut sebanyak 0.22 peratus berbanding dolar AS hari ini daripada paras RM4.0557 yang dicatatkan selepas pilihan raya pertengahan penggal Amerika Syarikat (AS), dengan kebimbangan terhadap pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI) dilihat mendominasi pasaran kewangan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Para peniaga juga menunggu pengumuman data jumlah pekerja bergaji bukan pertanian AS malam ini, dengan anggaran konsensus mengunjurkan sebanyak 65,000 jumlah pekerjaan pada Oktober berbanding 29,000 pada September,” katanya.

Pada penutup dagangan ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. 

Unit tempatan menyusut berbanding yen Jepun kepada 2.5616/5646 daripada 2.5548/5578 pada Khamis, namun meningkat sedikit berbanding euro kepada 4.5315/5365 daripada 4.5428/5478 serta mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.4304/4365 daripada 5.4455/4516.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara ASEAN lain.

Unit tempatan mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 3.1657/1694 daripada 3.1679/1717 pada Khamis, meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.0898/1105 daripada 12.1013/1199, namun menyusut berbanding rupiah kepada 224.2/224.6 daripada 223.6/224.0 dan turun berbanding peso Filipina kepada 6.43/6.44 daripada 6.42/6.43.

-- BERNAMA