Niaga Hadapan KLCI Ditutup Rendah Sejajar Dengan Pasaran Tunai
KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, sejajar dengan prestasi pasaran tunai yang negatif.
Pada penutupan, kontrak November 2026 turun 27.5 mata kepada 1,614.5, Mac 2027 susut 25.5 mata kepada 1,616.5, Disember 2026 merosot 27.0 mata kepada 1,599.0 dan Jun 2027 adalah 25.0 mata lebih rendah kepada 1, 599.0
Jumlah dagangan jatuh kepada 9,318 lot berbanding 9,375 lot pada Khamis, manakala kepentingan terbuka melemah kepada 45,731 kontrak daripada 46,093 kontrak.
Pada 5 petang, FBM KLCI kehilangan 19.28 mata atau 1.17 peratus kepada 1,616.58 daripada 1,635.86 yang disaksikan semalam.
-- BERNAMA