BERITA TERKINI   Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | 

Projek LRT Pulau Pinang: TRC, Rakan Usaha Sama Peroleh Kontrak Kerja Bernilai RM2.69 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, TRC Construction Sdn Bhd (TRC) bersama rakan usaha sama (JV) terdiri daripada China Communications Construction Company Ltd (CCCC) dan Ufuk Semarak Sdn Bhd (UFUK) dikenali sebagai CCCC-TRC-UFUK JV telah memperoleh kontrak kerja bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM2.69 bilion.

Syarikat pembinaan itu dalam satu kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan bahawa kontrak itu merangkumi reka bentuk, pembinaan dan penyiapan jejambat merentasi laut termasuk rentang bagi laluan navigasi, sebuah stesen bertingkat serta kerja-kerja lain yang berkaitan dari Macallum ke Penang Sentral.

“Tempoh kontrak ini adalah selama lima tahun. Ia tidak akan memberi sebarang kesan terhadap modal saham terbitan mahupun pegangan saham pemegang saham utama syarikat.

Ad Banner
Ad Banner

“Berdasarkan penyertaan TRC sebanyak 30 peratus dalam usaha sama tersebut, kontrak ini dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan perolehan syarikat sepanjang tempoh kontrak berkenaan,” menurut kenyataan itu.

Semalam, Malaysia Rapid Transit Corporation Sdn Bhd (MRT Corp) mengumumkan penganugerahan Kontrak Utama Kerja Awam Pakej 2 (CMC2) bernilai RM2.69 bilion kepada CCCC-TRC-UFUK bagi jajaran LRT Pulau Pinang yang merentasi laut, menghubungkan Pulau Pinang dengan tanah besar.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner