BERITA TERKINI   Banjir: Bantuan sehingga RM1,500 daripada NADMA, Kerajaan Negeri akan disalur kepada mangsa di PPS - MB Selangor | Banjir: Kerja-kerja pembangunan di Puncak Alam dihentikan sementara, semak semula pelan mitigasi - MB Selangor | Kesemua keluarga mangsa tragedi banjir Nepal-Tibet akan terima bantuan sekali bayar RM10,000 - Ramanan | Pelaksanaan tahanan rumah Najib Tun Razak ditangguh sementara bagi mendapatkan penjelasan lanjut berhubung interpretasi Perintah Pengampunan Bersyarat - AGC | Polis Johor gerak 2,867 anggota, 3,304 aset sebagai persediaan hadapi MTL - Ketua Polis Negeri | 

Hanya 13 Peratus Kenderaan ICE Dilindungi Insurans Banjir Berbanding 50 Peratus EV

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Hanya 13 peratus kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) mempunyai perlindungan insurans banjir berbanding 50 peratus kenderaan elektrik (EV), menurut data Insurance Services Malaysia (ISM) bagi tempoh 2022 hingga suku kedua 2026.

Data itu turut menunjukkan purata tuntutan insurans berkaitan banjir bagi kenderaan ICE mencecah RM34,000, kira-kira empat kali ganda lebih tinggi berbanding RM8,400 bagi EV.

Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) Chua Kim Soon berkata dapatan itu memperlihatkan perbezaan tahap perlindungan insurans banjir dan nilai tuntutan antara kenderaan konvensional dengan kenderaan elektrik.

Ad Banner
Ad Banner

Beliau berkata EV kurang terdedah kepada kerosakan akibat banjir berikutan ciri-ciri seperti sistem elektrik yang dilindungi serta mekanisme pengasingan automatik voltan tinggi, sekali gus membantu mengurangkan tuntutan insurans.

"Kadar pengambilan perlindungan banjir yang lebih tinggi adalah kerana kebanyakan pemilik EV merupakan penduduk bandar. Saya berpendapat penduduk bandar lebih menyedari risiko banjir dan sebab itu mereka mengambil perlindungan sedemikian," katanya ketika menyampaikan pembentangan pada sesi meja bulat media Kesiapsiagaan Monsun PIAM di sini, hari ini.

Sementara itu, Chua berkata kerugian akibat banjir di Malaysia mencecah hampir RM1 bilion pada 2024, namun hanya sebahagian kecil daripada kerugian itu dilindungi insurans.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurut beliau, perlindungan insurans yang tidak mencukupi boleh menyebabkan pemilik kenderaan menanggung beban kewangan yang besar, khususnya apabila kenderaan mengalami kerosakan atau tidak lagi boleh digunakan akibat banjir besar.

Beliau berkata purata tuntutan insurans berkaitan banjir meningkat kepada RM227,000 ketika kejadian bencana besar berbanding RM73,000 dalam tempoh tanpa kejadian bencana besar.

Beliau turut menggesa pemilik kenderaan supaya menyemak semula polisi insurans masing-masing kerana perlindungan insurans motor komprehensif tidak merangkumi risiko banjir secara automatik. Sebaliknya, perlindungan banjir perlu ditambah sebagai manfaat pilihan dengan bayaran premium tambahan.

-- BERNAMA