BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dalam longkang di Taman Desa Karangan, Kulim - Polis | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Rabu.

Pada 9.58 pagi, kontrak Julai 2026 meningkat 3.0 mata kepada 1,717.5, Ogos 2026 naik 2.5 mata kepada 1,718.0, September 2026 menambah 1.0 mata kepada 1,696.5 dan Disember 2026 meningkat 4.0 mata kepada 1,700.5.

Jumlah dagangan sebanyak 15,510 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 60,784 kontrak.

Ad Banner

Pada 10.10 pagi, FBM KLCI naik 4.27 mata kepada 1,716.26 daripada 1,712.48 ketika ditutup semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner