BERITA TERKINI   Indeks Harga Rumah Malaysia pada separuh pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Pasaran harta tanah kekal berdaya tahan dengan 187,320 transaksi bernilai RM105.12 bilion pada separuh pertama 2026 - Amir Hamzah | Indeks Harga Rumah Malaysia pada suku pertama 2026 dicatatkan pada 234.7 mata, purata harga RM506,317 seunit - Amir Hamzah | 27,832 unit kediaman baharu telah dilancar dengan prestasi jualan 16.6 peratus pada suku pertama 2026 - Amir Hamzah | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Peningkatan Bekalan Mentah Di Thailand

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Rabu apabila peningkatan bekalan bahan mentah di Thailand menjejaskan sentimen pasaran, kata seorang peniaga.

Beliau berkata keadaan cuaca yang baik serta taburan hujan yang tinggi pada awal musim di Thailand meningkatkan pengeluaran bahan mentah, sekali gus mengukuhkan jangkaan bekalan dan memberi tekanan kepada harga.

Ad Banner

Sentimen pasaran turut terjejas, katanya, susulan pengumuman Shanghai International Energy Exchange (INE) yang menawarkan diskaun penghantaran sebanyak 400 yuan bagi setiap tan untuk kontrak niaga hadapan TSR 20 Indonesia, berkuat kuasa mulai 2 Nov, 2026.

Langkah itu dijangka meningkatkan daya saing bekalan getah Indonesia dan seterusnya memberi tekanan tambahan kepada harga di pasaran serantau, katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh kenaikan harga minyak mentah.

Ad Banner
Ad Banner

"Harga minyak mentah meningkat pada Rabu susulan serangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan Arab Saudi ke atas kumpulan militia yang disokong Iran di Iraq, selain kejayaan memintas peluru berpandu balistik Iran yang disasarkan ke arah tentera AS di Asia Barat, di samping penyusutan inventori minyak mentah AS.

"Pemulihan harga minyak mentah mencerminkan kebimbangan berterusan terhadap keselamatan bekalan global, sekali gus menyokong minat pelabur terhadap keseluruhan sektor komoditi," katanya.

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) susut 22.50 sen kepada 875 sen sekilogram, manakala lateks pukal turun lima sen kepada 701.50 sen sekilogram.

-- BERNAMA