BERITA TERKINI   Pasukan Petugas Pusat Data telah menerima lebih 40 permohonan untuk mewujudkan atau memperluas operasi di Malaysia tahun ini - MITI  | Seramai 55 rakyat Malaysia masih belum dapat dihubungi susulan banjir dan tanah runtuh di Nepal dan China, manakala usaha mendapatkan kepastian mengenai status setiap individu masih diteruskan - Wisma Putra | United Asiapac Energy yang mula disenaraikan di Pasaran ACE dibuka mendatar pada 35 sen, dengan 2.38 juta saham diniagakan | Jamil Khir didakwa di Mahkamah Sesyen KL atas tiga tuduhan sebabkan Lembaga TH lupus wang lebih RM860 juta kepada Al-Rawda | 

Econpile Raih Subkontrak RM39.52 Juta Untuk Kerja Pancang Gerudi, Struktur Bawah Binaan

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Econpile Holdings Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM39.52 juta daripada WCT Construction Sdn Bhd untuk melaksanakan kerja-kerja tanah, pancang gerudi dan struktur bawah binaan di Jalan Awan Besar dalam Mukim Petaling di sini.

Menurut Econpile, anak syarikat milik penuhnya Econpile (M) Sdn Bhd menerima surat lantikan itu bagi cadangan pembangunan komersial yang mengandungi empat blok unit kedai komersial lima tingkat (merangkumi 68 unit)  dan dua tingkat tempat letak kereta bawah tanah.

Selain itu, turut dicadangkan pembangunan sebuah unit komersial, sebuah stesen suis utama dan sebuah tempat penyimpanan sisa.

Ad Banner

Syarikat itu memaklumkan, projek ini dijangka siap dalam tempoh 15 bulan bermula 29 Julai, 2026 dan seterusnya.

Jelasnya, ia akan menyumbang secara positif kepada perolehan syarikat bermula dari tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2027 dan seterusnya.

"Tiada risiko ketara lain yang boleh dijangka selain daripada risiko operasi berkaitan dengan projek berkenaan sepanjang tempoh kontrak.

Ad Banner
Ad Banner

"Pihak pengurusan akan melaksanakan langkah kawalan dan prosedur operasi bagi mengurangkan kesan atau kebarangkalian berlakunya kejadian sedemikian," jelas syarikat kejuruteraan awam itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Ia juga memaklumkan bahawa tiada pengarah atau pemegang saham utama syarikat mahupun mana-mana pihak yang berkaitan dengan mereka mempunyai sebarang kepentingan sama ada secara langsung atau tidak langsung, dalam projek berkenaan.

-- BERNAMA