Belian Saham Bersifat Defensif Terpilih Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi
Oleh Zufazlin Baharuddin
KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Malaysia meningkat semula untuk ditutup tinggi pada Rabu disokong pembelian terpilih bagi saham bersifat defensif selepas sesi dagangan yang tidak menentu.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata saham perkhidmatan dan produk pengguna mendorong indeks utama naik lebih tinggi, mengatasi kebimbangan geopolitik yang berlarutan.
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.08 mata kepada 1,715.56 daripada 1,712.48 ketika ditutup semalam.
Indeks penanda aras, yang dibuka 1.91 mata lebih tinggi kepada 1,714.39, bergerak antara 1,710.79 hingga 1,720.59 sepanjang dagangan hari ini.
Bagi keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 550 berbanding 476, manakala 612 kaunter tidak berubah, 1,129 tidak diniagakan, dan 48 yang lain digantung.
Jumlah dagangan meningkat kepada 2.96 bilion unit bernilai RM2.48 bilion daripada 2.94 bilion unit bernilai RM2.56 bilion pada Selasa.
Mohd Sedek berkata saham telekomunikasi juga merupakan pemacu utama kenaikan indeks penanda aras, disokong oleh prospek keuntungan yang agak bersifat defensif.
Beliau berkata bagaimanapun, sentimen pelabur kekal berhati-hati susulan laporan serangan peluru berpandu Iran ke atas kemudahan tentera Amerika Syarikat (AS).
Hal itu menimbulkan semula kebimbangan mengenai konflik di Asia Barat dan menjadikan keselamatan tenaga kembali menjadi tumpuan pelabur, katanya.
“Walaupun harga minyak mentah Brent turun daripada paras tinggi baru-baru ini namun, landskap geopolitik kekal sukar dijangka sekali gus mengekang minat risiko yang lebih meluas,” katanya kepada Bernama.
Beliau berkata pelabur juga mengambil pendekatan tunggu dan lihat menjelang pengumuman mengenai dasar Rizab Persekutuan AS selain keuntungan suku tahunan daripada kalangan syarikat teknologi utama AS.
Pasaran pula ingin mendapatkan pengesahan bahawa perbelanjaan modal yang besar berkaitan kecerdasan buatan (AI) dapat menjana keuntungan lebih tinggi dan pertumbuhan jangka panjang yang mampan, katanya.
Antara kaunter wajaran tinggi, CIMB Group naik lima sen kepada RM7.81, IHH Healthcare meningkat menokok satu sen kepada RM8.35, manakala Maybank dan Public Bank masing-masing susut empat sen kepada RM10.86 dan RM5.15. serta Tenaga Nasional turun enam sen kepada RM14.60.
Bagi saham aktif, Zetrix AI dan VS Industry masing-masing menambah 1.5 sen kepada 70.5 sen dan 23.5 sen, Velesto Energy kekal pada 24.5 sen manakala Tanco Holdings dan HHRG masing-masing turun setengah sen kepada 25.5 sen dan 13.5 sen.
Antara kaunter paling untung, Nestle melonjak RM3.12 kepada RM96.78, United Plantations menambah RM1 kepada RM34, Kuala Lumpur Kepong meningkat 22 sen kepada RM20.76, Hong Leong Industries menokok 22 sen kepada RM18.10 dan Vitrox naik 19 sen kepada RM8.05.
SAM Engineering & Equipment mendahului senarai saham paling rugi, apabila susut 26 sen kepada RM4.24, Hong Leong Bank menguncup 26 sen kepada RM24.04, UMS Integration turun 22 sen kepada RM7, Concrete Engineering Products kurang 14 sen kepada RM3.46 dan Sarawak Oil Palms turun 10 sen kepada RM5.10.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 31.09 mata kepada 12,672.81, Indeks FBMT 100 menambah 30.78 mata kepada 12,507.17 dan Indeks FBM Mid 70 meningkat 79.77 mata kepada 17,981.63.
Indeks FBM Emas Syariah menokok 47.84 mata kepada 12,505.37 dan Indeks FBM ACE naik 38.42 mata kepada 4,924.71.
Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.86 mata kepada 186.33, Indeks Perladangan menambah 70.33 mata kepada 9,301.92, manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 37.49 mata kepada 20,216.97 dan Indeks Tenaga kurang 2.74 mata kepada 760.68.
Jumlah Pasaran Utama susut kepada 1.32 bilion unit bernilai RM2.16 bilion daripada 1.51 bilion unit bernilai RM2.27 bilion semalam.
Jumlah dagangan waran meningkat kepada 1.16 bilion unit bernilai RM148.38 juta berbanding 978.15 juta unit bernilai RM126.23 juta pada Selasa.
Jumlah dagangan Pasaran ACE pula menokok kepada 478.75 juta unit bernilai RM173.06 juta daripada 452.85 juta unit bernilai RM159.81 juta semalam.
Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 176.83 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (273.73 juta), pembinaan (87.58 juta), teknologi (251.03 juta), perkhidmatan kewangan (49.73 juta), hartanah (160.54 juta), perladangan (36.70 juta), amanah pelaburan hartanah (20.89 juta), dana tertutup (900,271), tenaga (108.85 juta), penjagaan kesihatan (75.86 juta), telekomunikasi dan media (27.54 juta), pengangkutan dan logistik (28.40 juta), utiliti (27.64 juta), dan amanah perniagaan (sifar).
-- BERNAMA