BERITA TERKINI   Glasgow 2026: Atlet angkat berat Siti Aqilah Farhana Draman menang pingat perak +86kg wanita | Siasat hasil laporan RCI TH dengan telus, jangan lindungi pihak bersalah - PM Anwar | Mendedahkan laporan RCI TH bukan isu politik picisan tetapi tanggungjawab pelihara kepentingan umat Islam - PM Anwar | Kempen Internet Selamat diperluas ke kawasan luar bandar, tingkat pemahaman rakyat secara menyeluruh - Fahmi | Pendedahan laporan RCI TH bukan strategi PRN, Kabinet sebulat suara setuju laporan didedah - Fahmi | 

Niaga Hadapan Minyak Sawit Mentah Kembali Meningkat Susulan Harga Minyak Mentah Kukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 29 Julai (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives kembali meningkat untuk ditutup lebih tinggi pada Rabu, menjejaki kenaikan harga minyak mentah di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat.

Peniaga Proprietary Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata prestasi eksport yang kukuh kebelakangan ini turut melonjakkan sentimen pasaran dan dijangka kekal sebagai faktor positif dalam tempoh terdekat.

Ad Banner

"Kami melihat paras harga sokongan di atas RM4,600 setiap tan dan paras rintangan pada RM4,750 setiap tan," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics Sathia Varqa berkata keyakinan terhadap peruntukan akhir dan pelantikan pembekal oleh Indonesia untuk program biodiesel B50 turut menyokong niaga hadapan MSM di Bursa Malaysia Derivatives.

"Perkembangan ini mengukuhkan lagi jangkaan terhadap penggunaan MSM domestik yang lebih tinggi di Indonesia sekali gus membolehkan Malaysia mengambil semula sebahagian daripada penguasaan pasaran eksport," katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Terdahulu hari ini, dilaporkan Indonesia meningkatkan peruntukan biodiesel berasaskan minyak sawit bagi 2026 kepada 16.75 juta kiloliter daripada 15.65 juta kiloliter pada awalnya.

Pada penutup dagangan, kontrak Ogos 2026 melonjak RM17 kepada RM4,557 setiap tan, September 2026 meningkat RM23 kepada RM4,628 setiap tan dan Oktober 2026 naik RM22 kepada RM4,664 setiap tan.

Kontrak November 2026 menokok RM20 kepada RM4,695 setiap tan, Disember 2026 berkembang RM19 kepada RM4,724 setiap tan dan Januari 2027 naik RM19 kepada RM4,753 setiap tan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 77,694 lot daripada 91,139 lot pada Selasa manakala kepentingan terbuka merosot kepada 302,561 kontrak daripada 305,445 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk Ogos Selatan meningkat RM30 kepada RM4,560 setiap tan. 

-- BERNAMA