BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | Dua kanak-kanak maut selepas terjatuh dalam longkang di Taman Desa Karangan, Kulim - Polis | Bidaan nombor pendaftaran istimewa siri H sempena sambutan Hari Malaysia dibuka 16 hingga 20 Sept - KP JPJ | 

Niaga Hadapan KLCI Dibuka Tinggi

KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Jumaat.

Pada 9.42 pagi, kontrak Julai 2026 meningkat 7.5 mata kepada 1,724.0, manakala kontrak Ogos 2026 dan Disember 2026 masing-masing melonjak tujuh mata kepada 1,725.0 dan 1,706.0. Kontrak September 2026 pula menambah 6.5 mata kepada 1,704.0.

Jumlah dagangan berjumlah 3,513 lot, manakala kepentingan terbuka sebanyak 45,365 kontrak.

Ad Banner

Pada 10.05 pagi, FBM KLCI meningkat 0.54 mata kepada 1,720.94 berbanding paras 1,720.40 ketika ditutup pada Khamis.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner