BERITA TERKINI   Jerebu: Keputusan tutup sekolah bergantung SOP, nasihat MetMalaysia dan Kementerian Kesihatan- Fadhlina | Isu jerebu rentas sempadan dibawa ke perbincangan peringkat menteri sebelum Sidang Kemuncak ASEAN bulan depan - Mohamad Hasan | Rakyat Malaysia dinasihatkan tangguh perjalanan ke Arab Saudi susulan pengeboman di Riyadh - Mohamad Hasan | Jordan minat teroka pemindahan teknologi semikonduktor Malaysia - Mohamad Hasan | Malaysia, Jordan teroka kerjasama strategik sektor perdagangan, pelaburan, semikonduktor, pertahanan dan pelancongan - Mohamad Hasan | 

Pasaran Getah Ditutup Rendah Didorong Niaga Hadapan Serantau Lemah

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Isnin, seiring dengan niaga hadapan getah serantau yang lemah dalam keadaan harga minyak mentah menurun mendadak dan jangkaan pengeluaran getah asli global yang tinggi, kata peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran terus terjejas oleh pertumbuhan pembuatan China yang lembap, meningkatkan kebimbangan mengenai permintaan terhadap perindustrian yang lemah.

Ad Banner

“Aktiviti pembuatan China menurun kepada paras terendah dalam tempoh empat bulan pada Julai, menunjukkan permintaan terhadap perindustrian yang lemah dan pertumbuhan ekonomi yang sederhana,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya penurunan sebahagiannya diimbangi oleh optimisme terhadap rundingan semula antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran, permintaan pada peringkat global yang terus kukuh bagi sektor automotif, terutamanya dalam segmen kenderaan elektrik (EV) dan ringgit yang rendah berbanding dolar AS.

Jualan kenderaan pengeluar kenderaan elektrik China, BYD pada peringkat global meningkat 21.8 peratus tahun ke tahun pada Julai, merupakan pertumbuhan untuk bulan ketiga berturut-turut, disokong oleh permintaan eksport yang kukuh walaupun keadaan pasaran domestik China lemah.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) menurun 13 sen kepada 879 sen sekilogram manakala susu getah pukal berkurangan satu sen kepada 694.5 sen sekilogram.

-- BERNAMA