BERITA TERKINI   Permintaan puncak harian mencapai 21,949 megawatt pada 9 September, iaitu 4.7 peratus lebih tinggi berbanding purata Ogos - Akmal Nasrullah | Kenaikan harga arang batu memberi kesan secara langsung kepada kos penjanaan elektrik - Akmal Nasrullah | Sumber bahan api utama menunjukkan tekanan harga yang lebih tinggi pada September berbanding Ogos, khususnya minyak mentah dan LNG - Akmal Nasrullah | Kerajaan pastikan rantaian bekalan domestik terus berfungsi, bekalan keperluan asas mencukupi dan tekanan kos global tidak menjejaskan kesejahteraan rakyat - Akmal Nasrullah | Krisis bekalan global telah beralih kepada fasa mengurus risiko ekonomi yang dijangka berterusan daripada fasa mengurus kejutan sementara - Akmal Nasrullah | 

MBSB IB Kekalkan Unjuran Inflasi Malaysia 2.0 Peratus Pada 2026

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) -- MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) mengekalkan unjuran inflasi keseluruhan Malaysia meningkat pada 2.0 peratus bagi 2026 daripada 1.4 peratus tahun lepas yang memaparkan inflasi terkawal walaupun terdapat risiko kenaikan yang berterusan.

Dalam nota penyelidikan hari ini, bank pelaburan itu memaklumkan meskipun permintaan domestik kekal berdaya tahan dan inflasi teras stabil, faktor seperti harga pengeluar yang tinggi, kos tenaga global yang tidak menentu, gangguan rantaian bekalan serta kenaikan harga bahan api dan baja berisiko menyebabkan tekanan itu dilepaskan kepada harga pengguna dalam beberapa bulan akan datang.

“Kawalan harga oleh kerajaan dan penyasaran subsidi bahan api dijangka dapat mengurangkan sebahagian daripada tekanan ini manakala pendirian dasar Bank Negara Malaysia yang seimbang akan terus menyokong kestabilan harga tanpa mengekang permintaan domestik secara berlebihan.

Ad Banner

“Bagaimanapun, gangguan geopolitik baharu boleh menyebabkan kenaikan inflasi menerusi kesannya terhadap perdagangan antarabangsa dan bekalan komoditi global,” katanya.

Awal hari ini, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) memaklumkan inflasi Malaysia meningkat 1.9 peratus pada Ogos 2026 berbanding 1.8 peratus pada bulan sebelumnya dengan mata Indeks Harga Pengguna (IHP) meningkat kepada 137.5 daripada 134.9 pada Ogos 2025.

DOSM memaklumkan kumpulan pengangkutan menjadi pemacu peningkatan itu dengan inflasi kumpulan berkenaan meningkat kepada 2.0 peratus berbanding 1.4 peratus pada Julai 2026 manakala inflasi kumpulan penjagaan diri, perlindungan sosial dan barangan serta perkhidmatan lain-lain meningkat kepada 3.2 peratus pada Ogos berbanding 2.9 peratus pada Julai lepas.

Ad Banner

-- BERNAMA