BERITA TERKINI   Vantris Energy peroleh kontrak bernilai RM830 juta bagi pengangkutan, pemasangan dan perkhidmatan pelantar penggerudian di Malaysia | Sistem percukaian dunia perlu bergerak seiring dengan landskap ekonomi yang semakin cenderung ke arah pendigitalan - Amir Hamzah | 

LHDN Berjaya Bangkitkan Taksiran Tambahan RM4.4 Bilion Sehingga 30 Jun 2026

KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) berjaya membangkitkan taksiran tambahan berjumlah RM4.4 bilion sehingga 30 Jun 2026, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Menurutnya kejayaan itu  sekali gus mencerminkan komitmen LHDN dalam melindungi hasil negara dan memperkukuh integriti sistem percukaian.

Beliau berkata, selain memperkukuh kepercayaan pembayar cukai, LHDN terus memberi tumpuan kepada pelaksanaan aktiviti audit dan pematuhan strategik berasaskan risiko bagi mengesan dan menangani kes-kes ketidakpatuhan yang signifikan termasuk pelarian cukai serta perancangan cukai yang agresif. 

Ad Banner

"Pendekatan ini penting bagi memastikan keadilan sistem percukaian dipelihara dan setiap pembayar cukai memenuhi tanggungjawab mereka secara saksama," katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian Persidangan Percukaian Kebangsaan Ke-26 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Majlis itu dirasmikan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Sementara itu, Abu Tariq berkata penggunaan kecerdasan buatan (AI) telah memperkasakan proses LHDN dalam membuat keputusan dan mengukuhkan pengurusan risiko menerusi analisis data yang lebih canggih.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

"Sebagai contoh, AI telah memperkasakan keupayaan analitik data LHDN dengan membolehkan pemprosesan, penelitian dan analisis ke atas lebih 1.6 bilion e-Invois yang telah diterima setakat ini.

"Keupayaan ini membolehkan corak transaksi dikenal pasti dengan lebih pantas dan tepat, sekali gus meningkatkan keberkesanan pengesanan risiko pematuhan, memperkukuh integriti data percukaian serta menyokong proses membuat keputusan yang lebih berasaskan data," katanya.

-- BERNAMA