BERITA TERKINI   Penempatan PDRM di pasukan Keselamatan Penerbangan dikenal pasti sebagai langkah penambahbaikan segera di lapangan terbang - Fahmi | MITI cari pendekatan terbaik bagi cadangan levi EV untuk imbangi keperluan infrastruktur pengecasan dengan kepentingan awam - Johari Ghani | PM Anwar arah KESUMA segera uruskan 15,000 permohonan pekerja asing bagi penuhi keperluan tenaga kerja -- Fahmi | MAG diarah semak semula protokol saringan latar belakang, kesihatan juruterbang dan pembantu - Fahmi | Gamuda Bhd peroleh projek pembinaan pusat data hiperskala bernilai RM1.71 bilion di Port Dickson daripada syarikat MNC AS | 

Gamuda Peroleh Kontrak Bina Pusat Data Hiperskala Bernilai RM1.71 Bilion Di Port Dickson

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Gamuda Bhd, Gamuda Engineering Sdn Bhd, memperoleh kontrak pembinaan bernilai RM1.71 bilion bagi projek pusat data hiperskala di Port Dickson daripada sebuah syarikat teknologi multinasional yang berpangkalan di Amerika Syarikat.

Kumpulan kejuruteraan, pembangunan hartanah dan infrastruktur itu memaklumkan skop kerja bagi projek pusat data hiperskala setinggi setingkat itu terdiri daripada kerja-kerja infrastruktur tapak, pembinaan struktur utama luaran dan dalaman serta pememasangan mekanikal, elektrik dan paip (MEP).

Menurutnya, projek itu akan bermula pada suku ketiga 2026 dan dijangka siap pada suku kedua 2028.

Ad Banner

"Projek ini dijangka memberi sumbangan positif kepada hasil dan pendapatan Gamuda bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Julai 2027 sehingga projek itu siap," maklum Gamuda menerusi makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut syarikat itu, projek tersebut dijangka berdepan dengan risiko biasa pembinaan iaitu turun naik harga bahan dan akan ditangani dengan pengalaman dan kepakarannya dalam projek pembinaan.

Gamuda memaklumkan akan membuat pengumuman yang sewajarnya kepada Bursa Malaysia apabila terdapat sebarang perkembangan penting berkaitan projek tersebut.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA