BERITA TERKINI   Komuniti antarabangsa perlu beranjak daripada kenyataan kepada tindakan konkrit dan mengikat - PM Anwar | Pendirian UK mengenai pembersihan etnik di Tebing Barat berlandaskan undang-undang antarabangsa, realiti - PM | PM Anwar sambut baik langkah Britain, Kanada dan Perancis sekat barangan dari petempatan haram Israel | PM Anwar sambut baik langkah 12 negara Barat menentang petempatan haram Israel | Anak syarikat Vestland Bhd, Vestland Resources Sdn Bhd mendapat kontrak RM410 juta daripada Golden Armani Sdn Bhd bagi kerja pembinaan di Jalan Ampang | 

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur Disokong Prospek Permintaan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Rabu, disokong prospek permintaan kenderaan yang semakin baik, perkembangan positif sektor kenderaan elektrik (EV) serta keadaan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kekal stabil, kata seorang peniaga.

Beliau berkata sentimen pasaran turut disokong oleh jangkaan aktiviti sektor automotif dan perindustrian yang terus berdaya tahan.

Ad Banner

"Jualan EV Tesla yang dikeluarkan di China meningkat 37.8 peratus tahun ke tahun kepada 93,579 unit pada Julai, sekali gus mencatat pertumbuhan bagi bulan kesembilan berturut-turut dan mengukuhkan prospek permintaan dalam sektor automotif.

"Pasaran buruh AS juga kekal kukuh meskipun jumlah kekosongan jawatan menurun kepada 7.35 juta pada Jun, berikutan peningkatan pengambilan pekerja dan kadar pemberhentian kerja yang rendah, mencerminkan aktiviti ekonomi negara itu masih stabil," katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata kenaikan harga dihadkan oleh peningkatan pengeluaran bermusim di negara pengeluar utama getah di Asia Tenggara, manakala pertambahan inventori getah di pelabuhan China terus menekan harga getah asli dalam persekitaran harga minyak mentah yang rendah.

Ad Banner
Ad Banner

Pada 3 petang, harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) meningkat satu sen kepada 897 sen sekilogram, manakala harga susu getah pukal susut 3.50 sen kepada 691 sen sekilogram.

-- BERNAMA