BERITA TERKINI   Politik mungkin membentuk mandat kerajaan, namun perkhidmatan awam perlu sentiasa mengutamakan kepentingan rakyat - Ahmad Zahid | RCI Tabung Haji: BN,UMNO tidak akan kompromi jika benar ada pihak pecah amanah, salah tadbir - Ahmad Zahid | BN Melaka berhasrat pertahan 21 kerusi DUN yang dimenangi sebelum ini - Ahmad Zahid | Persaingan politik di peringkat negeri tidak jejas kestabilan Kerajaan Perpaduan - TPM Ahmad Zahid | Pelabur antarabangsa papar keyakinan tinggi terhadap kedudukan kewangan Malaysia -- Amir Hamzah | 

Bursa Malaysia Dibuka Meningkat Namun Susut Kemudiannya Susulan Aktiviti Ambil Untung

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia memulakan dagangan hari ini dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan aktiviti pengambilan untung selepas mencatat peningkatan baru-baru ini, kata penganalisis.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.79 mata kepada 1,747.38 daripada paras penutup 1,748.17, semalam.

Indeks penanda aras itu dibuka mengukuh 1.48 mata kepada 1,749.65.

Ad Banner

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 218 berbanding 179 manakala 356 kaunter tidak berubah, 1,990 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 233.76 juta saham bernilai RM119.06 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata bursa tempatan itu mengakhiri dagangan dengan lebih tinggi semalam susulan pengukuhan sentimen pelabur apabila kebimbangan berkaitan geopolitik telah mereda selain faktor harga minyak yang rendah serta selera risiko global yang kembali pulih.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Aktiviti pembelian berterusan dalam saham wajaran tinggi, disokong prospek ekonomi Malaysia yang kekal berdaya tahan juga dijangka menyokong prestasi pasaran saham tempatan hari ini.

“Walaupun aktiviti pengambilan untung mungkin berlaku susulan kenaikan baru-baru ini, trend keseluruhan pasaran masih kekal positif. Oleh itu, kami menjangkakan FBM KLCI didagangkan dalam julat 1,740 hingga 1,760 mata hari ini,” katanya.

Sementara itu, saham-saham Amerika Syarikat ditutup bercampur-campur semalaman selepas kenaikan kukuh, apabila pelabur meneliti laporan pendapatan korporat, termasuk daripada SpaceX dan AMD selain menilai kenyataan Presiden Donald Trump bahawa perjanjian membuka semula Selat Hormuz mungkin dapat dicapai seawal Rabu ( hari ini).

Di peringkat tempatan, saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank tidak berubah pada RM10.82, CIMB Group menokok satu sen kepada RM8.02, IHH Healthcare naik dua sen kepada RM8.34 manakala Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing turun dua sen kepada RM5.25 dan RM14.64.

Bagi saham aktif, JCY International naik tiga sen kepada 44 sen, Steel Hawk meraih setengah sen kepada 18.5 sen dan Zetrix AI naik 1.5 sen kepada 70.5 sen manakala VS Industry turun satu sen kepada 23 sen dan Genetec Technology tidak berubah pada 38 sen.

Kaunter paling untung didahului Nestle yang meningkat 50 sen kepada RM103.00, Petronas Gas naik 16 sen kepada RM17.60, Theta Edge dan Tradeplus Shariah Gold Tracker masing-masing menambah 13 sen kepada 68 sen dan RM5.38 manakala Tong Herr Resources untung tujuh sen kepada RM1.87.

Sebaliknya kaunter paling rugi menyaksikan Malaysian Pacific Industries, Vitrox Corp dan KESM Industries masing-masing susut lapan sen kepada RM46.86, RM9.02 dan RM4.28, Kelington Group merosot enam sen kepada RM8.69 manakala Petronas Chemicals turun lima sen kepada RM4.47.

Bagi indeks pula, Indeks FBM Mid 70 susut 22.59 mata kepada 18,255.37, Indeks FBM ACE turun 9.39 mata kepada 5,029.87, Indeks FBM Emas merosot 8.51 mata kepada 12,894.00 dan Indeks FBM Top 100 susut 8.31 mata kepada 12,728.63 namun Indeks FBM Emas Syariah meningkat 4.87 mata kepada 12,737.50.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.59 mata kepada 189.65, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 21.43 mata kepada 20,547.73, Indeks Perladangan susut 4.78 mata kepada 9,505.92 dan Indeks Tenaga merosot 0.94 mata kepada 763.29.

-- BERNAMA