BERITA TERKINI   RCI TH: Bekas timbalan pengurus besar projek pembinaan TH Properties didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu atas tuduhan subahat pecah amanah | 

Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Pada Awal Dagangan

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah pada awal dagangan hari ini.

Pada 9.25 pagi ini, kontrak bulan semasa Ogos 2026 susut tujuh mata kepada 1,748, September 2026 turun 5.5 mata kepada 1,727 manakala Disember 2026 dan Mac 2027 menguncup enam mata kepada 1,727 dan 1,712.

Jumlah dagangan sebanyak 1,856 lot dan kepentingan terbuka berjumlah 43,107 kontrak.

Ad Banner

Pada 9.47 pagi, FBM KLCI susut 5.21 mata kepada 1,742.96 berbanding 1,748.17 pada akhir dagangan semalam.

-- BERNAMA

Ad Banner