BERITA TERKINI   Saifuddin Nasution akan menjalankan tugas Timbalan Presiden PKR sementara- Fahmi | MPP PKR setuju Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden selepas Kongres Nasional 2026 - Fahmi | Kerajaan mulakan semakan tamat tempoh duti anti-lambakan ke atas import gegelung keluli pra-cat, dicat atau bersalut warna dari China dan Vietnam - MITI | Pengenalan fokus tambahan itu selaras dengan RMK13, tingkat kompleksiti ekonomi, perkukuh industri berpertumbuhan tinggi serta hasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan Made by Malaysia - Akmal Nasir | KL20 2026 akan berlangsung di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama rakan kolaborasi strategik utama - Akmal Nasir | 

Malaysia Peroleh Jualan RM791.54 Juta Melalui Farnborough International Airshow 2026

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Penyertaan Malaysia di Farnborough International Airshow (FIA) 2026 telah menjana jualan eksport sebanyak RM791.54 juta (US$192.36 juta) susulan penglibatan perniagaan secara intensif selama lima hari di United Kingdom dari 20-24 Julai 2026.

Diselaraskan oleh Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) dengan kerjasama Perbadanan Industri Aeroangkasa Nasional Malaysia (NAICO), pavilion Malaysia telah membantu menguruskan 148 mesyuarat perniagaan membabitkan firma-firma Malaysia dengan pemegang kepentingan aeroangkasa antarabangsa.

“Ini mengesahkan daya saing Malaysia yang semakin meningkat sebagai rakan kongsi pembuatan aeroangkasa dan rantaian bekalan yang dipercayai,” kata MATRADE melalui satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

Pavilion Malaysia menghimpunkan 15 peserta pameran Malaysia, bersama Invest Selangor Bhd dan Persatuan Industri Aeroangkasa Malaysia.

“Peluang perniagaan yang diperoleh semasa pameran itu mencerminkan peningkatan dalam permintaan global merentasi segmen bernilai tinggi ini, mengukuhkan lagi integrasi Malaysia ke dalam rantaian nilai aeroangkasa global,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif MATRADE Datuk Abu Bakar Yusof berkata industri aeroangkasa Malaysia menjana pendapatan RM32.5 bilion pada 2025, dengan eksport menyumbang RM7.95 bilion atau 24.5 peratus daripada jumlah hasil industri itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Ketika kami berusaha ke arah mencapai sasaran Pelan Tindakan Industri Aeroangkasa Malaysia 2030 sebanyak RM55.2 bilion dalam hasil industri, memperluaskan eksport bernilai tinggi akan kekal sebagai pemacu pertumbuhan utama di samping pembuatan aeroangkasa domestik, penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih, penyepaduan sistem serta perkhidmatan kejuruteraan,” katanya.

Keupayaan industri Malaysia yang semakin berkembang turut mendapat pengiktirafan antarabangsa semasa pameran itu, dengan CTRM Aero Composites Sdn Bhd telah diberi penghormatan dengan Anugerah Kematangan Terbaik Asia 2026 di Anugerah Kematangan Terbaik Aero Excellence International.

 

-- BERNAMA