BERITA TERKINI   Saifuddin Nasution akan menjalankan tugas Timbalan Presiden PKR sementara- Fahmi | MPP PKR setuju Nurul Izzah cuti sementara jawatan Timbalan Presiden selepas Kongres Nasional 2026 - Fahmi | Kerajaan mulakan semakan tamat tempoh duti anti-lambakan ke atas import gegelung keluli pra-cat, dicat atau bersalut warna dari China dan Vietnam - MITI | Pengenalan fokus tambahan itu selaras dengan RMK13, tingkat kompleksiti ekonomi, perkukuh industri berpertumbuhan tinggi serta hasilkan lebih banyak produk dan perkhidmatan Made by Malaysia - Akmal Nasir | KL20 2026 akan berlangsung di Pulau Pinang, Johor dan Kuala Lumpur dengan kerjasama rakan kolaborasi strategik utama - Akmal Nasir | 

Sarawak Anjur IDECS 2026 Oktober Ini

KUCHING, 6 Ogos (Bernama) -- Persidangan Ekonomi Digital Antarabangsa Sarawak (IDECS) 2026 yang kesembilan akan berlangsung pada 5 hingga 6 Oktober ini di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), bertemakan "Scaling Innovation Ecosystems for a Borderless Economy: Earth, Orbit and Beyond."

Timbalan Pengurus Besar Sarawak Multimedia Authority (SMA) Dr Suhaila Jaffar berkata Anugerah Ekonomi Digital (DEA) 2026 akan diadakan bersempena persidangan itu, dengan majlis penyampaian anugerah dijadual berlangsung pada majlis makan malam gala IDECS 2026.

"DEA 2026 berhasrat untuk mengiktiraf organisasi dan individu atas inisiatif yang menyumbang kepada transformasi digital, kemampanan serta pertumbuhan inklusif selaras dengan agenda ekonomi digital Sarawak.

Ad Banner

"Tujuh kategori anugerah akan dipertandingkan iaitu Anugerah Teknologi Digital, Anugerah Penyelidikan dan Pembangunan, Anugerah Inovasi Kecerdasan Buatan (AI), Anugerah Kerajaan Digital, Anugerah Industri Kreatif Digital, Anugerah Kelestarian Alam Sekitar dan Anugerah Penyelesaian Pintar," katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Media SMA di sini malam ini.

Beliau berkata pemenang bagi setiap kategori akan menerima wang tunai sebanyak RM10,000 manakala penerima Anugerah Premier akan membawa pulang RM20,000.

Permohonan bagi DEA 2026 dibuka sehingga 6 September dan perlu dihantar secara dalam talian menerusi laman sesawang digitaleconomyawards.com, katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Beliau menyeru individu dan organisasi yang layak untuk menyertai anugerah itu, yang dianjurkan Kerajaan Sarawak melalui SMA sebagai sebahagian daripada program sempena IDECS 2026.

-- BERNAMA