BERITA TERKINI   JPJ perketat kawal selia kaunter dengan hanya perantara berdaftar dibenarkan berurusan bagi pihak pelanggan mulai 1 Jan 2027 - KP JPJ | Pendaftaran individu, wakil syarikat sebagai perantara berdaftar akan dibuka mulai 1 Nov ini secara dalam talian - KP JPJ | Pindaan Akta 333 dijangka dibentangkan pada sidang pertama Parlimen tahun depan - Loke | Raja Abdullah II seru kerjasama pertahanan Malaysia–Jordan diperkukuh termasuk dalam bidang teknologi ketenteraan | Pas MyKomuter50 RM50 sebulan disasar dilaksana selewat-lewatnya 1 Jan 2027- Loke | 

Niaga Hadapan Emas Mengukuh Menjelang Pengumuman Data NFP AS

KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives terus mengukuh menjelang pengumuman data senarai gaji bukan ladang (NFP) bulan Julai Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini, yang akan mempengaruhi jangkaan kenaikan kadar Rizab Persekutuan untuk September, kata penganalisis.

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 meningkat kepada US$4,322.90 setiap auns troy daripada US$4,298.90 yang dicatatkan pada Khamis, manakala September 2026 menokok kepada US$4,335.80 daripada US$4,312.80 sebelumnya. 

Oktober 2026, November 2026, dan Disember 2026 semuanya bertambah kepada US$4,349.20 setiap auns troy daripada US$4,326.20.

Ad Banner

Jumlah dagangan naik kepada 404 lot berbanding 286 lot yang dicatatkan pada Khamis, manakala kepentingan terbuka berkembang kepada 477 kontrak daripada 366 kontrak.

Setakat 6 Ogos 2026 semasa penetapan tengah hari London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,267.85 setiap auns troy.

-- BERNAMA

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner