BERITA TERKINI   Agong titah siasatan berhubung Laporan RCI TH dilaksanakan secara menyeluruh, tiada kompromi mana-mana pihak yang didapati bersalah | Aspek keselamatan di pintu masuk negara perlu sentiasa diperkasa menerusi penguatkuasaan lebih berkesan, pemantauan berterusan - Agong | Perkukuh kawalan keselamatan di semua lapangan terbang, pintu masuk negara bendung jenayah rentas sempadan - Agong | 25 titik panas dikesan seluruh negara, 22 di Sarawak, dua Selangor dan satu di Terengganu - JAS | Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan telah diaktifkan - JAS | 

Niaga Hadapan MSM Diunjur Catat Pengambilan Untung Minggu Depan

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka mengalami aktiviti pengambilan untung minggu depan susulan perang antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran dilihat kian reda.

Peniaga kanan minyak sawit Interband Group of Companies, Jim Teh berkata julat dagangan dijangka berada antara RM4,300 dan RM4,400 setiap tan metrik.

Ad Banner

Beliau berkata permintaan fizikal dijangka datang dari China, India, Pakistan, Timur Tengah, Kesatuan Eropah dan, pada tahap yang lebih kecil, Amerika Syarikat.

"Bagi stok fizikal, Malaysia dan Indonesia mempunyai bekalan yang mencukupi. Tiada kekurangan pada masa ini," kata Teh kepada Bernama.

Sementara itu, Penganalisis Kanan Fastmarkets Palm Oil Analytics, Sathia Varqa berkata peserta pasaran akan memantau data bekalan dan permintaan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) bagi bulan Julai, dijadualkan pada 10 Ogos, serta data eksport minyak sawit bagi 1 hingga 10 Ogos.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada asas Jumaat ke Jumaat, kontrak bulan Ogos merosot RM4 to RM4,527 setan, manakala September 2026 naik RM2 kepada RM4,606 satu tan dan Oktober 2026 menambah RM34 kepada RM4,677 setan.

Kontrak bulan November 2026 meningkat RM60 kepada RM4,735 satu tan, Disember 2026 menokok RM81 kepada RM4,785 setan, dan Januari 2027 melonjak RM97 kepada RM4,829 satu tan.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 484,473 lot daripada 363,441 lot minggu sebelum itu, manakala kepentingan terbuka turun kepada 112,427 kontrak daripada 301,947 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal bagi Januari Selatan meningkat sebanyak RM10 kepada RM4,540 satu tan metrik.

-- BERNAMA