BERITA TERKINI   Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | TPM Ahmad Zahid harap pindaan Akta Orang Asli 1954 dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang | Klinik kesihatan di 628 perkampungan Orang Asli di seluruh negara disasar dinaiktaraf menjelang 2035 - Ahmad Zahid | Kerajaan akan beri lebih penekanan kepada “Ekonomi Rakyat” pastikan prestasi ekonomi dirasai dan dinikmati rakyat - Fahmi | ADUN Nilai J. Arul Kumar dilantik Pengerusi DAP Negeri Sembilan yang baharu berkuat kuasa hari ini (10 Ogos) - Loke | 

Indeks Harga Seunit Pasir Naik Antara 0.1 Peratus Hingga 14.9 Peratus Pada Julai 2026 - DOSM

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- indeks harga seunit pasir mencatatkan peningkatan pada Julai 2026, iaitu antara 0.1 peratus sehingga 14.9 peratus berbanding bulan lepas, menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Dalam satu kenyataan hari ini, peningkatan tertinggi bagi bahan itu telah direkodkan di Terengganu dan Kelantan (14.9 peratus), diikuti Kota Kinabalu (4.1 peratus) dan Pulau Pinang, Kedah serta Perlis (2.8 peratus).

"Indeks harga seunit besi turut mencatatkan peningkatan kecil pada Julai 2026, dengan perubahan bulan ke bulan antara 0.6 peratus hingga 0.9 peratus di beberapa kawasan.

Ad Banner

"Peningkatan tertinggi untuk bahan itu direkodkan di Perak (0.9 peratus), diikuti oleh Tawau (0.7 peratus) dan Sandakan (0.6 peratus), manakala indeks harga seunit besi kekal tidak berubah di kebanyakan kawasan lain di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak," tambahnya.

Selain itu, DOSM melaporkan indeks harga seunit simen mencatatkan sedikit peningkatan pada Julai 2026, antara 0.2 peratus hingga 0.8 peratus bulan ke bulan di semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Peningkatan tertinggi ini direkodkan di Perak (0.8 peratus), diikuti oleh Selangor, Kuala Lumpur, Melaka dan Negeri Sembilan (0.3 peratus) serta Pulau Pinang, Kedah dan Perlis (0.2 peratus).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Perbandingan tahunan untuk tempoh Julai 2025 dan Julai 2026 menunjukkan indeks harga seunit besi telah merekodkan peningkatan antara 0.5 peratus hingga 8.4 peratus bagi kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Menurut DOSM, peningkatan tertinggi dalam indeks harga seunit besi turut dicatatkan di Perak (8.4 peratus), diikuti oleh Johor (6.3 peratus) dan Pahang (4.8 peratus).

"Indeks harga seunit simen juga mencatatkan peningkatan antara 0.9 peratus hingga 7.5 peratus pada Julai 2026 berbanding bulan yang sama tahun lepas di semua kawasan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

"Peningkatan harga tertinggi dicatatkan di Perak (7.5 peratus), diikuti dengan Kuching dan Miri, Sarawak (7.2 peratus)," tambahnya.

DOSM turut melaporkan purata harga seunit besi yang terdiri daripada bar bulat keluli lembut dan Mycon 60 high tensile deformed bars mencatatkan penurunan kecil (-0.2 peratus), dengan purata harga RM3,499.50 bagi setiap tan metrik berbanding RM3,507.10 setiap tan metrik pada bulan sebelumnya. 

Selain itu, purata harga bagi simen Ordinary Portland kekal tidak berubah dengan purata harga RM25.70 bagi setiap beg 50 kilogram.

Bagi Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) termasuk bar keluli, mengikut kategori bangunan dan kawasan di Semenanjung Malaysia pada Julai 2026, mencatatkan peningkatan antara 0.1 peratus dan 1.4 peratus bulan ke bulan.

IKB termasuk bar keluli di Sabah pula menunjukkan peningkatan kecil iaitu 0.2 peratus hingga 0.5 peratus bagi hampir semua kategori bangunan pada Julai 2026 berbanding bulan sebelumnya dan di Sarawak pula, ia merekodkan peningkatan antara 0.2 peratus hingga 1.3 peratus, tambahnya.

-- BERNAMA