BERITA TERKINI   Wong Chen umum letak jawatan Ahli Parlimen Subang berkuat kuasa hari ini | PM Anwar kini jalani rawatan fisioterapi, pastikan proses pemulihan berjalan baik - Ketua Pasukan Perubatan PM | PM Anwar selamat jalani pembedahan laparoskopi secara elektif, rawat hernia perut - Ketua Pasukan Perubatan PM | Pelan Strategik Penentu Sosial Kesihatan Orang Asli 2026-2035 komitmen kerajaan tingkat status kesihatan, kesejahteraan komuniti Orang Asli - Dzulkefly Ahmad | TPM Ahmad Zahid harap pindaan Akta Orang Asli 1954 dapat dibentangkan pada persidangan Parlimen akan datang | 

Stok Minyak Sawit Malaysia Naik 3.32 Peratus Kepada 2.63 Juta Tan Pada Julai 2026 -- MPOB

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Stok simpanan minyak sawit Malaysia meningkat sebanyak 3.32 peratus atau 84,495 tan kepada 2.63 juta tan pada Julai 2026 daripada 2.54 juta tan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).

MPOB menyatakan stok minyak sawit mentah (MSM) menokok sebanyak 7.24 peratus atau 96,495 tan kepada 1.43 juta tan pada Julai 2026 daripada 1.33 juta tan pada Jun 2026.

"Bagaimanapun, stok minyak sawit diproses menyusut 0.99 peratus kepada 1.20 juta tan daripada 1.21 juta tan pada Jun," katanya dalam laporan prestasi industri bagi Julai.

Ad Banner

MPOB menjelaskan dari segi pengeluaran, pengeluaran MSM meningkat 9.41 peratus atau 154,183 tan kepada 1.79 juta tan daripada 1.64 juta tan pada bulan sebelumnya manakala pengeluaran isirung sawit turut meningkat 10.69 peratus dari bulan ke bulan kepada 422,266 tan daripada 381,486 tan.

Pengeluaran minyak isirung sawit mentah melonjak 14.55 peratus kepada 199,392 tan daripada 174,071 tan pada Jun manakala pengeluaran dedak isirung sawit meningkat 10.11 peratus kepada 215,304 tan daripada 195,534 tan.

MPOB memberitahu eksport minyak sawit berkembang 14.50 peratus pada Julai 2026 kepada 1.39 juta tan daripada 1.22 juta tan pada bulan sebelumnya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Eksport minyak isirung sawit menyusut sedikit sebanyak 1.73 peratus kepada 82,261 tan daripada 83,712 tan sebulan yang lepas.

Eksport dedak isirung sawit turut merosot sebanyak 8.72 peratus kepada 203,454 tan daripada 222,887 tan.

Sementara itu, eksport oleokimia bertambah 17.81 peratus kepada 265,198 tan daripada 255,098 tan pada Jun manakala eksport biodiesel meningkat sebanyak 496.77 peratus kepada 28,745 tan daripada 4,817 tan pada bulan lepas.

MPOB melaporkan tiada sebarang import MSM pada Julai.

Import minyak sawit diproses dan minyak sawit secara keseluruhan merosot sebanyak 51.93 peratus kepada 49,566 tan daripada 103,113 tan pada Jun.

Import minyak isirung sawit pula meningkat 93.12 peratus kepada 11,545 tan daripada 5,978 tan pada bulan sebelumnya.

-- BERNAMA