BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Maldives untuk lawatan rasmi dua hari, disambut Presiden Mohamed Muizzu | Insiden Virgo Transport 8 : Indonesia akan hantar dron penyelam untuk pencarian mangsa - Ketua Basarnas | 

Niaga Hadapan KLCI Ditutup Lebih Tinggi

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) mengakhiri dagangan di Bursa Malaysia Derivatives dengan lebih tinggi pada Isnin.

Kontrak bulan semasa Ogos 2026 dan Mac 2027 menokok 6.5 mata kepada 1,736.0 dan 1,700.5, September 2026 naik 7.5 mata kepada 1,715.0 manakala Disember 2026 meraih lima mata kepada 1,714.0.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 4,899 lot daripada 7,971 lot pada Jumaat lepas manakala kepentingan terbuka susut kepada 45,567 kontrak daripada 49,170 kontrak sebelum ini.

Ad Banner

Pada 5 petang, indeks penunjuk utama FBM KLCI susut 0.38 mata kepada 1,735.37 berbanding 1,735.75 yang dicatatkan pada penutup Jumaat lepas.

-- BERNAMA

 

Ad Banner
Ad Banner