BERITA TERKINI   Bekas Ketua Pengarah Penyiaran Datuk Abdul Rahman Hamid meninggal dunia hari ini - Presiden PVRTM | Ewon Benedick kekal Presiden UPKO bagi penggal 2026-2029 | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Selepas Permintaan Eksport Mengukuh

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh pengukuhan dalam permintaan luar negara untuk minyak sawit Malaysia.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng berkata peniaga mentafsir angka eksport yang mantap sebagai petanda permintaan yang lebih baik untuk komoditi itu.

Ad Banner

Bagaimanapun, keuntungan telah dihadkan oleh peningkatan tahap pengeluaran dan stok dalam negara selepas Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) melaporkan inventori minyak sawit melonjak 3.3 peratus kepada 2.6 juta tan.

“Kami melihat harga disokong melebihi RM4,680 setan dan rintangan pada RM4,800 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutupan, kontrak Ogos 2026 meningkat RM18 kepada RM4,545 satu tan, September 2026 naik RM25 kepada RM4,631 satu tan dan Oktober 2026 menokok RM46 kepada RM4,723 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

November 2026 lonjak RM55 kepada RM4,790 satu tan, Disember 2026 bertambah RM51 kepada RM4,836 satu tan, manakala Januari 2027 menyaksikan kenaikan sebanyak RM43 kepada RM4,872 satu tan.

Jumlah dagangan susut kepada 97,133 lot berbanding 112,427 lot yang dicatatkan pada Jumaat lalu, manakala kepentingan terbuka merosot kepada 313,462 kontrak daripada 314,839 kontrak sebelum ini.

 Harga MSM fizikal bagi Selatan Ogos meningkat RM20 kepada RM4,560 satu tan. 

-- BERNAMA