Niaga Hadapan FBM KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal
KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Khamis.
Pada 9.29 pagi, kontrak Ogos 2026, September 2026 dan Mac 2027 masing-masing menyusut 7.5 mata kepada 1,736.5, 1,714.5, dan 1,698.5 manakala Disember 2026 rendah enam mata kepada 1,715.5.
Jumlah dagangan sebanyak 1,879 manakala kepentingan terbuka berjumlah 39,709 kontrak.
Pada 9.08 pagi, FBM KLCI susut 4.32 mata kepada 1,737.29 daripada 1,741.61 semasa ditutup pada Rabu.
-- BERNAMA