Bursa Malaysia Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat sebelum menurun tidak lama kemudiannya, dengan aktiviti pengambilan untung dilihat di kaunter produk perindustrian dan pembinaan, walaupun Wall Street semalaman ditutup tinggi.

Pada 9.06 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menurun 3.05 mata kepada 1,731.66 daripada 1,734.71 semasa ditutup pada Khamis.

Indeks petunjuk pasaran dibuka tinggi 0.01 mata kepada 1,734.72.

Ad Banner

Pasaran secara menyeluruh positif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 166 berbanding 139 manakala 289 kaunter tidak berubah, 2,234 tidak diniagakan dan 28 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 192.50 juta saham bernilai RM68.46 juta.

Menurut Rakuten Trade Sdn Bhd dalam nota penyelidikan hari ini, Wall Street pada amnya ditutup tinggi, dengan sentimen secara keseluruhan disokong oleh Indeks Harga Pengeluar (IHP) yang lebih rendah daripada jangkaan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ini akan memberikan lebih banyak alasan kepada Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) untuk mengekalkan kadar faedah pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) yang akan datang pada September.

“Secara keseluruhannya, kami percaya pelabur masih dalam sentimen berhati-hati. Oleh itu, kami menjangka indeks FBM KLCI akan diniagakan dalam julat 1,730 hingga 1,740 hari ini,” katanya. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menurun dua sen kepada RM10.58 manakala Public Bank, CIMB Group, Tenaga Nasional dan IHH Healthcare, masing-masing mendatar pada RM5.16, RM7.95, RM14,50 dan RM8.27.

Dalam senarai kaunter paling aktif, HHRG menurun 2.5 sen kepada 13 sen, bagaimanapun Scope Industries naik satu sen kepada sembilan sen. Nexgram Holdings, TWL Holdings dan Key ASIC, masing-masing meningkat setengah sen kepada 6.5 sen, 2.5 sen dan 8.5 sen.

Kaunter paling untung ialah UMS Integration naik 58 sen kepada RM9.03, Vitrox Corporation meningkat 15 sen kepada RM9.55, LPI Capital menambah 14 sen kepada RM15.22, Hong Leong Bank menokok 12 sen kepada RM22.46 dan UWC naik lapan sen kepada RM6.63.

Bagi kaunter paling rugi, Petronas Chemicals Group berkurangan 10 sen kepada RM4.45, Press Metal Aluminium Holdings menurun enam sen kepada RM7.92, Gamuda dan Timberwell, masing-masing merosot lima sen kepada RM4.47 dan RM1.85 serta Sunway menyusut empat sen kepada RM5.16.

Di papan indeks, Indeks FBM ACE meningkat 14.93 mata kepada 5,259.58 dan Indeks FBM 70 naik 3.27 mata kepada 18,333.49.

Indeks FBM Emas berkurangan 14.14 mata kepada 12,844.40, Indeks FBMT 100 menurun 16.10 mata kepada 12,656.60 dan Indeks FBM Emas Shariah menyusut 21.36 mata kepada 12,673.62.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga berkurangan 3.92 mata kepada 779.40, Indeks Perkhidmatan Kewangan menurun 0.38 mata kepada 20,356.63, Indeks Perladangan merosot 20.21 mata kepada 9,353.45 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan menyusut 0.55 mata kepada 188.93.

-- BERNAMA