BERITA TERKINI   Tahap kemajuan keseluruhan Projek ECRL Kota Bharu-Gombak capai 95.08 peratus setakat Julai 2026 - Loke | ECRL Kota Bharu-Gombak dijangka beroperasi lebih awal bermula Disember ini berbanding jadual asal Januari depan - Loke | Penggunaan isi rumah kekal berdaya tahan pada 4.8 peratus pada suku kedua 2026, disokong oleh pertumbuhan pendapatan, simpanan dan sokongan dasar kerajaan - Gabenor BNM | Dasar Malaysia yang konsisten dan asas ekonomi yang kukuh terus menyokong keyakinan pelabur - Gabenor BNM | BNM yakin pertumbuhan KDNK akan mencapai kira-kira 5.0 peratus pada 2026 disokong oleh kekuatan berterusan dalam pelbagai sektor - Gabenor | 

Tiada Semakan Terhadap Unjuran Pertumbuhan KDNK 2026 Buat Masa Ini - BNM

KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Tiada keperluan untuk menyemak semula unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi 2026 buat masa ini dan kekal yakin bahawa pertumbuhan dijangka mencapai kira-kira lima peratus, kata Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.

Beliau berkata sebarang semakan biasanya dibuat semasa pembentangan belanjawan.

“Kita telah mencatatkan pertumbuhan yang melebihi jangkaan sejak tiga suku tahun yang lepas.

Ad Banner

“Melihat kepada pemacu pertumbuhan, dari segi penggunaan, pelaburan, eksport, pelancongan dan lain-lain, semua faktor yang mendorong pertumbuhan ini masih ada dan akan terus menyokong pertumbuhan sehingga separuh kedua tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mengumumkan pertumbuhan KDNK Malaysia bagi suku kedua 2026 di sini hari ini.

Ekonomi Malaysia berkembang sebanyak 6.0 peratus pada suku kedua 2026, mengatasi anggaran awal Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) sebanyak 5.8 peratus.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Abdul Rasheed berkata pemacu utama pertumbuhan adalah permintaan domestik dan negara telah menerima sokongan yang kukuh daripada sektor luaran, terutamanya pada suku tahun sebelumnya.

“Saya boleh katakan bahawa pertumbuhan adalah menyeluruh. Malah dalam sektor eksport, sokongan terhadap keseluruhan ekonomi adalah pelbagai, dengan eksport elektrik dan elektronik (E&E) serta bukan E&E masing-masing mencatatkan pertumbuhan.

“Kita telah menyaksikan peningkatan dalam sektor perkhidmatan teknologi maklumat dan komunikasi,” katanya.

Bagaimanapun, katanya mungkin terdapat sedikit pelarasan terhadap pemacu pertumbuhan Malaysia pada masa depan berdasarkan ketidaktentuan dalam ekonomi global dan konflik geopolitik, yang boleh memberi impak kepada pertumbuhan.

Abdul Rasheed berkata penggunaan isi rumah kekal berdaya tahan pada 4.8 peratus pada suku kedua 2026, disokong oleh pertumbuhan pendapatan, simpanan dan sokongan dasar kerajaan.

“Jika kita melihat kepada penggunaan, faktor utama yang menyokongnya ialah pendapatan, diikuti simpanan, sokongan dasar kerajaan dan pinjaman isi rumah.

“Pinjaman merupakan pemacu yang amat kecil kepada penggunaan langsung,” katanya.

Sementara itu, Abdul Rasheed berkata impak daripada El Niño ke atas ekonomi tidak akan dirasai serta-merta dan sebahagian besarnya terhad kepada sektor pertanian.

“Bagaimanapun, penting bagi perniagaan dan isi rumah untuk mula membuat persediaan sekiranya keadaan bertambah buruk akibat El Niño dan membuat penyesuaian sewajarnya,” katanya.

-- BERNAMA