BERITA TERKINI   MCMC kenal pasti lebih 10,000 akaun palsu sebar isu 3R setakat semalam -- Fahmi | UKK di setiap kementerian perlu perhalusi cara perjelas kesan sebenar dasar dan pencapaian kerajaan - Fahmi | Kerajaan sasar 50 peratus pengurangan kematian akibat nahas jalan raya menjelang 2030 - Ahmad Zahid | Perancangan penyuraian trafik diteliti elak kesesakan baharu operasi RTS Link Johor Bahru–Singapura - Ahmad Zahid | Inflasi Malaysia menurun kepada 1.8 peratus pada Julai 2026 daripada 1.9 peratus pada Jun 2026 - DOSM | 

Kenanga IB Kekal Unjuran Ringgit Pada RM3.95 Berbanding Dolar AS Menjelang Akhir Tahun

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB) mengekalkan unjuran ringgit pada paras RM3.95 berbanding dolar AS menjelang akhir tahun ini, disokong oleh pertumbuhan yang berdaya tahan, lebihan akaun semasa yang berterusan serta rekod deposit mata wang asing.

Menurut bank pelaburan itu dalam nota penyelidikan hari ini, pihaknya mengekalkan pendirian jangka sederhana yang positif berikutan paras dolar AS yang tinggi kian dilihat sebagai peningkatan premium risiko sementara dan bukannya trend baharu.

Kenanga IB memaklumkan kekuatan dolar AS itu telah didorong oleh kebimbangan mengenai keadaan di Asia Barat serta jangkaan pasaran bahawa penurunan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan ditangguhkan.

Ad Banner

Menurutnya pada masa sama masih terdapat kemungkinan untuk kadar faedah  yang selanjutnya akan dinaikkan.

“Faktor asas jangka panjang yang menyokong kelemahan dolar AS, termasuk kepelbagaian rizab, defisit fiskal AS yang masih besar serta pengagihan semula portfolio secara beransur-ansur, dijangka kembali memberi tekanan kepada dolar AS apabila Fed beralih daripada mengekalkan kadar faedah kepada pelonggaran dasar monetari sebenar,” menurutnya.

Kenanga IB memaklumkan, dalam masa terdekat, penangguhan itu dijangka terus menyokong dolar AS berdasarkan perbezaan kadar faedah manakala peralihan kepada dasar pelonggaran pula dijangka memberi tekanan penurunan semula terhadap dolar AS.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya kadar pertukaran efektif nominal ringgit susut 0.8 peratus pada suku kedua 2026 (suku kedua 2026) walaupun gandingan dolar AS/ringgit secara umumnya kekal stabil, sekali gus menunjukkan kelemahan ringgit berdasarkan wajaran perdagangan.

"Bagaimanapun, pertumbuhan yang berdaya tahan, lebihan akaun semasa yang mampan dan deposit mata wang asing terus menyokong ringgit, dan kami mengekalkan RM3.95 sebagai hasil yang mungkin berlaku," katanya.

Sementara itu, menurut Kenanga IB, Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus sepanjang 2026.

Menurutnya inflasi keseluruhan meningkat kepada 1.9 peratus pada suku kedua 2026 daripada 1.6 peratus pada suku pertama, terutamanya disebabkan lonjakan inflasi bahan api kepada 5.0 peratus berikutan harga RON97 dan diesel yang lebih tinggi manakala inflasi teras menurun kepada 1.9 peratus daripada 2.1 peratus pada suku pertama 2026.

Kenanga IB memaklumkan, walaupun pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku kedua 2026 sebanyak 6.0 peratus kekal melebihi julat panduan BNM 4.0-5.0 peratus pada 2026, bank pusat dijangka menangani kejutan kos semasa dan mengekalkan fleksibiliti dasar melainkan pertumbuhan yang lebih kukuh atau tekanan inflasi mencetuskan impak pusingan kedua yang berterusan.

Sementara itu, Apex Securities Bhd menjangkakan bank pusat mengekalkan OPR pada 2.75 peratus sehingga 2026.

Menurutnya BNM dijangka menggunakan pendekatan tunggu dan lihat dan mempertimbangkan cabaran yang semakin meningkat pada separuh kedua 2026.

"Unjuran asas pertumbuhan KDNK 2026 kami sebanyak 5.0 peratus dan unjuran inflasi 2.0 peratus juga kekal dalam unjuran semasa BNM," menurutnya.

Bagaimanapun, menurutnya dengan pertumbuhan KDNK sepanjang tahun yang berpotensi mencecah 5.1 hingga 5.5 peratus tahun ke tahun, melebihi julat unjuran semasa BNM, prestasi yang lebih kukuh berbanding jangkaan pada separuh pertama 2026 telah meningkatkan prospek kenaikan kadar faedah.

-- BERNAMA