BERITA TERKINI   Belanjawan 2027: MCMC perhebat pelaksanaan Kempen Internet Selamat di semua sekolah, fokus tangani buli siber dan eksploitasi kanak-kanak | Belanjawan 2027: Hasil Persekutuan bagi 2026 diunjur lebih tinggi RM363.6 bilion berbanding anggaran asal RM343.1 bilion manakala hasil bagi 2027 dijangka naik kepada RM380.8 bilion | Belanjawan 2027: Saringan keselamatan di lapangan terbang diperketat, termasuk wajibkan ujian dadah dan alkohol kepada juruterbang serta kru penerbangan | Duti setem pinjaman membeli, membina kapal Malaysia diberi kadar tetap RM2,000 bagi pinjaman sehingga RM100 juta atau RM5,000 bagi pinjaman melebihi RM100 juta - PM Anwar | Belanjawan 2027: Cradle Fund diperuntukkan RM41 juta bagi melaksanakan Pelan Hala Tuju Ekosistem Startup dan geran pembangunan prototaip serta komersial – PM Anwar | 

MIFC Business Network Pacu Ekosistem Kewangan Islam

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC) menubuhkan MIFC Business Network (MBN), platform diterajui industri bagi menyelaras keutamaan sektor, memperkukuh hubungan antarabangsa serta menyokong kepimpinan Malaysia dalam kewangan Islam global.

MIFC berkata MBN menghimpunkan institusi daripada pelbagai segmen ekosistem kewangan Islam bagi menyelaras keutamaan, berkongsi pandangan dan bekerjasama dalam meneroka peluang yang dapat meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa.

"Dengan menghimpunkan institusi daripada pelbagai segmen ekosistem kewangan Islam, MBN menyediakan wadah kepada penggiat industri untuk menyelaras bidang tumpuan utama, berkongsi perspektif dan bekerjasama dalam meneroka peluang yang dapat meningkatkan daya saing Malaysia di peringkat antarabangsa," menurut MIFC dalam satu kenyataan hari ini.

Ad Banner

MBN turut bekerjasama rapat dengan Bank Negara Malaysia (BNM), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) serta pihak berkepentingan lain daripada sektor awam dan industri untuk mengenal pasti peluang pasaran, memperteguh kerjasama strategik dan memudah cara inisiatif yang dapat memperkukuh kedudukan Malaysia dalam kewangan Islam global.

Bersempena ulang tahun ke-20 inisiatif MIFC, MBN turut merancang untuk memperluas keahliannya secara berperingkat dengan penyertaan lebih banyak institusi yang komited untuk bersama-sama memajukan agenda kewangan Islam antarabangsa Malaysia.

“Dalam tempoh beberapa bulan akan datang, MBN akan memanfaatkan kekuatan sedia ada Malaysia dalam kewangan Islam dengan memberi tumpuan kepada pengukuhan perkongsian strategik dan hubungan antarabangsa, menyokong peluang rentas sempadan serta terus memperkemas Pelan Hala Tuju Strategik,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA