BERITA TERKINI   Pelan komprehensif tambah baik kawalan di pintu masuk negara diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk tindakan segera - Fahmi | Cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST: PM maklumkan kepada kabinet MOF perlu lakukan kajian penuh, Menteri Kewangan II diberi masa sediakan laporan – Fahmi | 

Insurans Kebakaran Standard Liputi Kebakaran Berkaitan EV - PIAM

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Pemegang polisi insurans rumah dan kebakaran standard di Malaysia meliputi bencana/risiko yang khusus, termasuk kerosakan akibat kebakaran, tanpa mengambil kira bagaimana/punca api tercetus.

Menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), ia tertakluk kepada terma, syarat dan pengecualian polisi insurans berkenaan, serta dengan syarat tiada penipuan, tindakan disengajakan atau pelanggaran syarat polisi yang lain,

Ketua Pegawai Eksekutif PIAM, Chua Kim Soon telah memeberikan penjelasan terhadap kebimbangan utama mengenai risiko pengecas kenderaan elektrik (EV), had perlindungan polisi, dan keperluan pematuhan di bawah polisi insurans motor dan harta benda (rumah/kebakaran) standard Malaysia.

Ad Banner

Ia adalah susulan kebakaran di Cheras bau-baru ini, melibatkan pengecas rumah EV yang dilaporkan mengakibatkan kerosakan harta benda yang agak teruk.

Chua berkata pengecas EV yang dipasang secara kekal (berwayar kekal) mungkin dikategorikan di bawah bahagian 'bangunan' dalam polisi insurans rumah sebagai lekapan dan lengkapan, manakala kabel pengecasan yang tidak dipasang tetap atau mudah alih biasanya tertakluk di bawah polisi insurans motor EV khusus atau pakej tambahan ditawarkan oleh syarikat insurans.

“Pihak insurans memerlukan pemilik rumah mengambil langkah berjaga-jaga yang munasabah dan mengekalkan piawaian keselamatan elektrik.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Dalam menilai tuntutan, syarikat insurans akan menilai laporan siasatan rasmi seperti daripada jabatan bomba untuk memastikan tiada unsur perbuatan disengajakan seperti perbuatan membakar dengan niat jahat, penipuan, atau ketidakpatuhan terhadap undang-undang dan peraturab ditetapkan, contohnya, pengubahsuaian atau pemasangan elektrik secara haram dan tidak disahkan,” katanya dalam satu kenyataan.

Chua menasihatkan pemilik rumah supaya memaklumkan kepada syarikat insurans apabila memasang pengecas EV kekal kerana mengisytiharkan sebarang menaik taraf peralatan elektrik, memastikan jumlah diinsuranskan hartanah mencerminkan kos membina semula semasa dan membantu memberikan kejelasan mengenai perlindungan polisi insurans semasa proses tuntutan.

Beliau berkata pemilik harta benda harus mengesahkan bahawa jumlah insurans hartanah mereka mencerminkan kos pembinaan semula yang dikemas kini, mengambil kira pengubahsuaian rumah dan lekapan moden.

Memandangkan potensi kebakaran atau insiden berkaitan elektrik merebak ke hartanah bersebelahan (jiran sebelah), terutamanya di rumah teres atau kediaman bertingkat, pemilik rumah harus menilai had liabiliti awam mereka, walaupun pemegang polisi insurans rumah standard biasanya menyediakan had sebanyak RM50,000, pemegang polisi boleh membeli lanjutan pilihan untuk meningkatkan had liabiliti ini, katanya.

Selain itu, Chua berkata pemilik EV harus menyemak polisi insurans motor dan rumah mereka untuk menangani potensi jurang perlindungan, memastikan perlindungan menyeluruh untuk kenderaan, peralatan pengecasan dan struktur kediaman.

-- BERNAMA