BERITA TERKINI   Pelan komprehensif tambah baik kawalan di pintu masuk negara diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk tindakan segera - Fahmi | Cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST: PM maklumkan kepada kabinet MOF perlu lakukan kajian penuh, Menteri Kewangan II diberi masa sediakan laporan – Fahmi | 

Niaga Emas Ditutup Rendah Walaupun Dolar US Melemah

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini walaupun dolar US melemah menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS) lewat malam ini.

Ahli strategi global Quintex Intel, Stephen Innes memberitahu Bernama, peniaga akan mencari lebih banyak petunjuk melalui minit FOMC mengenai pendirian Rizab Persekutuan AS terhadap dasar monetari.

Ad Banner

Pada penutupan, kontrak bulan semerta Ogos 2026 susut kepada US$4,360.0 setiap auns troy daripada US$4,393.70 setiap auns troy dan September 2026 merosot kepada US$4,376.60 setiap auns troy daripada US$4,410.30 setiap auns troy.

Oktober dan November 2026 kedua-duanya menurun kepada US$4,392.70 setiap auns troy daripada US$4,426.40 setiap auns troy, manakala Disember 2026 serta Februari 2027 melemah kepada US$4,400.50 setiap auns troy daripada US$4,434.20 sebelum ini.

Jumlah dagangan meningkat kepada 327 lot berbanding 182 lot yang dicatatkan pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 413 kontrak daripada 256 kontrak.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pada penetapan tengah hari 18 Ogos 2026 di London Bullion Market Association, emas fizikal ditetapkan pada US$4,403.50 setiap auns troy.

-- BERNAMA