BERITA TERKINI   Pelan komprehensif tambah baik kawalan di pintu masuk negara diluluskan oleh Jemaah Menteri untuk tindakan segera - Fahmi | Cadangan sistem percukaian hibrid SST-GST: PM maklumkan kepada kabinet MOF perlu lakukan kajian penuh, Menteri Kewangan II diberi masa sediakan laporan – Fahmi | 

Belian Saat Akhir Pacu Ringgit Ditutup Mengukuh Berbanding Dolar AS

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 19 Ogos (Bernama) -- Ringgit meneruskan momentum pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada akhir urus niaga Rabu, disokong oleh belian pada saat-saat akhir menjelang pengumuman minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan AS (FOMC) lewat malam ini.

Pada 6 petang, ringgit berganjak mengukuh ke paras 4.0565/0610 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.0575/0615, semalam.

Ad Banner

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid memberitahu Bernama, pasaran akan meneliti minit mesyuarat FOMC itu bagi mendapatkan lebih banyak isyarat berhubung pendirian Rizab Persekutuan AS (Fed) terhadap dasar monetari.

Maklumat terkini itu akan turut memberi panduan kepada penggiat pasaran mengenai kecenderungan Fed berkaitan kadar faedah sebelum beralih memberi perhatian kepada acara tahunan Simposium Dasar Ekonomi Jackson Hole pada 27-29 Ogos ini.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Ini termasuk susut berbanding yen Jepun kepada 2.5498/5528 daripada 2.5420/5446, rendah berbanding pound Britain kepada 5.4994/5055 daripada 5.4902/4956 dan turun berbanding euro pada 4.7080/7132 daripada 4.6982/7028 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang serantau.

Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.1778/1816 daripada 3.1756/1790, turun berbanding baht Thailand kepada 12.2686/2871 daripada 12.2657/2819 dan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 227.3/227.7 daripada 227.1/227.4.

Unit tempatan itu mendatar berbanding peso Filipina kepada 6.56/6.57 daripada 6.56/6.58 yang dicatatkan semalam.

-- BERNAMA