BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan kerja ke Brunei pada 21-22 Ogos bagi hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | Malaysia-Brunei dijangka memeterai MoU kerjasama pengurusan bencana - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | PM Anwar bakal buat pengumuman penting negara pada 30 Ogos dan 16 Sept ini | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | 

Maybank Selesaikan Urus Niaga Rintis RM1.0 Juta Bagi Pembiayaan Rantaian Bekalan Bertoken

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Malayan Banking Bhd (Maybank) telah menyelesaikan urus niaga perintis bernilai RM1.0 juta bagi pembiayaan rantaian bekalan bertoken yang menyasarkan memacu ketelusan dan daya tahan dalam ekosistem rantaian bekalan.

Urus niaga itu dijalankan menerusi kerjasama dengan Virtual Economy Technology Sdn Bhd (V Systems) melalui platform token, NexA, dibangunkan di bawah Pengawalseliaan Sandbox Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Urus niaga tersebut melibatkan Syarikat Logam Unitrade Sdn Bhd, manakala Maybank menyediakan pembiayaan berkenaan.

Ad Banner

Maybank dan V Systems dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa projek perintis yang berjaya itu menunjukkan perjalanan pembiayaan rantaian bekalan menyeluruh bertoken sepenuhnya, bermula daripada kelulusan invois hingga pengeluaran dan penyelesaian dalam persekitaran komersial sebenar, sekali gus membawa ketelusan, kebolehkesanan dan kelajuan yang lebih tinggi.

“Platform itu mempunyai potensi untuk mengubah aliran kerja pembiayaan rantaian bekalan konvensional dan membolehkan akses segera kepada modal kerja untuk pembeli dan pembekal, terutamanya memberi manfaat kepada segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS),” menurut kenyataan itu.

Menurut Maybank dan V Systems, keupayaan itu akan bertindak sebagai pemangkin bagi industri di bawah Rancangan Malaysia Ke-13, dengan tumpuan kepada pendigitalan, penciptaan nilai dan sektor pertumbuhan tinggi, terutamanya yang mempunyai rantaian bekalan mendalam atau pelbagai peringkat, mudah tunai dapat diagihkan dengan lebih menyeluruh ke segenap lapisan ekosistem itu.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Pengarah Urusan Perbankan Urus Niaga dan Pembayaran, Perbankan Global Maybank, Arvind Santhanam Prasad berkata token perintis itu selaras dengan pelan strategik lima tahun ROAR30 bank tersebut serta aspirasi Pelan Induk Pasaran Modal SC 2026–2030 untuk memacu inovasi dan kewangan inklusif melalui penyelesaian didayakan oleh teknologi.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif V Systems, Goh Yuan Khai berkata kerjasama tersebut mengetengahkan peranan kewangan digital semakin berkembang dalam menyokong pasaran yang lebih saling berhubung dan cekap.

Urus niaga perintis itu merupakan pencapaian tokenisasi terkini Maybank yang membina kejayaan daripada siri yang julung kali diadakan: terbitan sukuk bertoken yang pertama di Malaysia, serta pertukaran mata wang asing ringgit Malaysia-dolar Singapura secara atas rantaian dan pembayaran merentas sempadan antara Malaysia dengan Singapura.

-- BERNAMA