BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan kerja ke Brunei pada 21-22 Ogos bagi hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | Malaysia-Brunei dijangka memeterai MoU kerjasama pengurusan bencana - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | PM Anwar bakal buat pengumuman penting negara pada 30 Ogos dan 16 Sept ini | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | 

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Susulan Penurunan Hasil Bon AS Pacu Minat Risiko Pelabur

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi pada Khamis berikutan penyusutan hasil bon Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) meningkatkan minat pelabur untuk mengambil risiko susulan pengumuman Perbendaharaan AS mengenai peningkatan operasi pembelian balik bon, kata penganalisis.

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.39 mata atau 0.31 peratus kepada 1,736.71 berbanding 1,731.32 semasa ditutup pada Rabu.

Indeks petunjuk pasaran itu dibuka menokok 0.79 mata kepada 1,732.11 dan bergerak antara paras 1,732.11 hingga 1,739.13 sepanjang hari dagangan.

Ad Banner

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 610 berbanding 577 manakala 610 kaunter tidak berubah, 1,075 tidak didagangkan dan 16 yang lain digantung dagangan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 4.28 bilion unit bernilai RM4.01 bilion berbanding 3.31 bilion unit bernilai RM2.92 bilion pada Rabu.

Pengarah Strategi Pelaburan dan Ahli Ekonomi IPPFA Sdn Bhd Mohd Sedek Jantan berkata penurunan hasil bon membantu mengurangkan tekanan terhadap saham-saham pertumbuhan, dengan kaunter teknologi menerima manfaat daripada minat baharu pelabur.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Peningkatan sentimen global turut dilihat di seluruh pasaran Asia, yang kembali pulih dengan ketara apabila tekanan dalam pasaran bon AS mereda, sekali gus menggalakkan pelabur kembali kepada saham teknologi dan semikonduktor.

“Bagi Bursa Malaysia, persekitaran hasil bon yang lebih rendah memberikan sedikit kelegaan selepas tekanan yang berlaku baru-baru ini terhadap saham-saham pertumbuhan manakala pelabur kekal selektif berikutan ketidaktentuan geopolitik dan makroekonomi yang masih berterusan,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut enam sen kepada RM10.58, Public Bank turun tiga sen kepada RM5.12 manakala CIMB Group meningkat tujuh sen kepada RM7.98, Tenaga Nasional naik 10 sen kepada RM14.50 dan IHH Healthcare menokok empat sen kepada RM8.34.

Bagi saham paling aktif, IJM Corporation meningkat 11 sen kepada RM2.80, NexG naik lima sen kepada 33 sen, YTL Corporation melonjak 21 sen kepada RM2.43, CBH Engineering Holding menokok 5.5 sen kepada 84.5 sen manakala Zetrix AI susut setengah sen kepada 65 sen.

Antara kaunter paling untung, Nestle meningkat 80 sen kepada RM104.80, YTL Power International naik 28 sen kepada RM5.16, MN Holdings melonjak 25 sen kepada RM3.64, PPB Group menokok 22 sen kepada RM9.90 dan Allianz Malaysia naik 18 sen kepada RM22.28.

Bagi kaunter paling rugi, Malaysian Pacific Industries susut 80 sen kepada RM45.30, Hong Leong Industries turun 38 sen kepada RM17.58, Petronas Chemicals Group merosot 32 sen kepada RM4.37, Dutch Lady Milk Industries rendah 26 sen kepada RM31.68 dan Ayer Holdings turun 20 sen kepada RM7.30.

Di papan indeks, Indeks FBM Mid 70 meningkat 39.84 mata kepada 18,174.11, Indeks FBM Emas Shariah menokok 23.44 mata kepada 12,658.57 dan Indeks FBM Emas mengukuh 32.88 mata kepada 12,837.62.

Indeks FBM Top 100 menokok 36.35 mata kepada 12,656.22 dan Indeks FBM ACE meningkat 26.12 mata kepada 5,328.84.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan melonjak 47.27 mata kepada 9,335.16, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 16.86 mata kepada 20,275.48, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 2.00 mata kepada 187.55, dan Indeks Tenaga rendah 2.33 mata kepada 775.14.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 2.32 bilion unit bernilai RM3.56 bilion berbanding 1.74 bilion unit bernilai RM2.57 bilion pada Rabu.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.25 bilion unit bernilai RM159.83 juta berbanding 961.33 juta unit bernilai RM137.63 juta sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 691.33 juta unit bernilai RM281.98 juta daripada 607.41 juta unit bernilai RM216.59 juta semalam.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 276.21 juta saham yang diniagakan di Pasaran Utama, produk dan perkhidmatan perindustrian (366.99 juta), pembinaan (334.19 juta), teknologi (558.91 juta), perkhidmatan kewangan (65.38 juta), hartanah (224.59 juta), perladangan (44.12 juta), amanah pelaburan hartanah (13.17 juta), dana tertutup (72,200), tenaga (105.25 juta), penjagaan kesihatan (111.68 juta), telekomunikasi dan media (25.69 juta), pengangkutan dan logistik (43.88 juta), utiliti (156.59 juta), dan amanah perniagaan (23,100).

-- BERNAMA

 

 

 

 

 


ESEA ESEA NN NSS