BERITA TERKINI   PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | PM Anwar bakal buat pengumuman penting negara pada 31 Ogos dan 16 Sept ini | Kerajaan beri komitmen mansuhkan AUKU, RUU baharu dalam proses penggubalan dan dijangka dibentang di Parlimen tahun ini - PM Anwar | Mahasiswa harus diberi ruang sepenuhnya, tidak dikawal dengan undang-undang berlebihan - PM Anwar | 

IJM Selesai Jualan Semula 142.4 Juta Saham Perbendaharaan, Kumpul Hasil RM385 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- IJM Corporation Bhd telah menyelesaikan penjualan semula keseluruhan 142.4 juta saham perbendaharaannya, memperoleh kira-kira RM385 juta hasil bersih.

Saham itu, mewakili 3.9 peratus daripada modal saham terbitan syarikat, diurus niaga melalui transaksi pasaran terbuka di Bursa Malaysia hari ini, kata IJM melalui satu kenyataan.

IJM berkata saham itu diurus niagakan pada harga antara RM2.72 hingga RM2.74 sesaham.

Ad Banner

Penjualan semula saham perbendaharaan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif realisasi nilai RM3 bilion IJM dalam tempoh tiga tahun, yang termasuk cadangan penyenaraian IJM Construction Sdn Bhd, pengewangan konsesi tol di Malaysia sudah matang dan pengunduran daripada pelaburannya di India.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Kumpulan IJM, Datuk Lee Chun Fai berkata urus niaga itu menandakan satu lagi langkah ketara ke arah menyampaikan nilai pemegang saham yang ingin dicapai oleh syarikat.

“Kami akan terus melaksanakan baki inisiatif secara berdisiplin dan memastikan pemegang saham mendapat maklumat terkini mengenai kemajuan kami,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

IJM berkata tiada saham baharu diterbitkan dalam urus niaga itu, dengan saham yang dijual semula kembali ke edaran dengan hak mengundi dan dividen biasa.

Berikutan penjualan semula itu, modal saham terbitan syarikat akan terdiri daripada 3.64 bilion saham biasa.

-- BERNAMA