BERITA TERKINI   JPJ sedia kaunter Mobile JPJ di KSAB, BSI mudahkan urusan pembayaran saman melibatkan bukan warganegara - Loke | MOT, JPJ akan ambil tindakan perundangan bagi mendapatkan keseluruhan tunggakan daripada Kumpulan MYEG - Loke | Kumpulan MYEG gagal langsai tunggakan pindahan kutipan hasil kerajaan sebanyak RM314 juta sejak 19 Mei hingga 30 Sept 2026 - Loke | Aplikasi MyJPJ akan diperkasa, ciri baharu dilancar bulan depan - Loke | Polis akan lengkapkan kertas siasatan susulan video tular melibatkan Ketua Pengarah AKPS di KLIA - Saifuddin Nasution | 

Institusi Tempatan Terus Catat Belian Bersih Di Bursa Malaysia, Aliran Masuk RM352.4 Juta - MBSB IB

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Institusi tempatan meneruskan belian bersih di Bursa Malaysia untuk minggu kedua berturut-turut dengan merekodkan aliran masuk bersih sebanyak RM352.4 juta minggu lepas, menurut MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB).

Menurut bank pelaburan itu dalam laporan aliran dana mingguan bagi minggu berakhir 2 Oktober, peruncit turut meneruskan trend belian bersih mereka, menandakan aliran masuk bersih bagi minggu keenam berturut-turut sebanyak RM447.5 juta.

Sementara itu, institusi asing merupakan penjual bersih untuk minggu kedua berturut-turut, dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM799.9 juta pada minggu berkenaan.

Ad Banner

"Institusi asing adalah penjual bersih pada kesemua lima hari dagangan, dengan aliran keluar tertinggi dicatatkan pada Rabu sebanyak RM228.4 juta, diikuti Khamis (RM187.9 juta), Selasa (RM172.4 juta), Isnin (RM142.1 juta) dan Jumaat (RM69.1 juta)," menurutnya.

Tiga sektor utama yang merekodkan aliran masuk bersih daripada institusi asing adalah teknologi sebanyak RM131.0 juta, tenaga (RM93.2 juta) dan pembinaan (RM78.4 juta).

MBSB IB memaklumkan tiga sektor utama yang mencatatkan aliran keluar asing bersih adalah perkhidmatan kewangan sebanyak RM460.6 juta, utiliti (RM339.8 juta) dan penjagaan kesihatan (RM163.1 juta).

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Menurutnya purata jumlah dagangan harian (ADTV) meningkat dengan jumlah pelabur runcit naik 3.7 peratus, institusi asing menokok 8.6 peratus dan institusi tempatan menyusut  7.9 peratus.

-- BERNAMA