Niaga Hadapan FBM KLCI Dibuka Tinggi
KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka tinggi pada Isnin, seiring dengan kenaikan kadar asas pasaran tunai.
Pada 9.43 pagi, kontrak Oktober 2026 dan November 2026 naik 7.0 mata masing-masing kepada 1,629.50 dan 1,630.0, Disember 2026 menambah 8.5 mata kepada 1,637.50, dan Mac 2027 menokok 6.5 mata kepada 1,620.0.
Jumlah dagangan sebanyak 1,306 lot manakala kepentingan terbuka berjumlah 42,323 kontrak.
Pada 9.53 pagi, FBM KLCI melonjak 6.15 mata kepada 1,637.02 daripada 1,630.87 semasa ditutup pada Jumaat.
-- BERNAMA