BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan kerja ke Brunei pada 21-22 Ogos bagi hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | Malaysia-Brunei dijangka memeterai MoU kerjasama pengurusan bencana - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | PM Anwar bakal buat pengumuman penting negara pada 30 Ogos dan 16 Sept ini | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Lebih Tinggi

Oleh Zufazlin Baharuddin

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi apabila pelan pembelian balik Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mengurangkan hasil Perbendaharaan.

Ahli strategi global Quintex Intel Stephen Innes memberitahu Bernama bahawa penurunan hasil jangka panjang Perbendaharaan AS adalah susulan pengembangan pembelian balik Perbendaharaan AS telah mengurangkan sedikit sokongan daripada dolar AS, dan emas telah bertindak balas sewajarnya. 

Ad Banner

Menurut Jabatan Perbendaharaan pada Rabu bahawa ia akan sekurang-kurangnya menggandakan pembelian balik hutang kerajaan dalam tempoh beberapa bulan akan datang, dengan memberi tumpuan kepada segmen pasaran yang sensitif dan berjangka masa lebih lama. 

Pada penutup, kontrak semerta bulan Ogos 2026 meningkat kepada US$4,494.50 setiap auns troy daripada US$4,360.0 setiap auns troy pada Selasa, kontrak September 2026 menambah kepada US$4,511.00 setiap auns troy berbanding US$4,376.60 setiap auns troy sebelumnya. 

Kontrak Oktober dan November 2026 kedua-duanya meningkat kepada US$4,527.30 setiap auns troy daripada US$4,392.70 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Disember 2026 dan Februari 2027 mengukuh kepada US$4,535.10 setiap auns troy daripada US$4,400.50 setiap auns troy.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan meningkat kepada 338 lot daripada 327 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka menambah kepada 415 kontrak daripada 413 kontrak sebelumnya. 

Harga emas fizikal ditetapkan pada US$4,460.70 setiap auns troy pada penetapan London Bullion Market Association pada 19 Ogos 2026. 

-- BERNAMA