BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan kerja ke Brunei pada 21-22 Ogos bagi hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | Malaysia-Brunei dijangka memeterai MoU kerjasama pengurusan bencana - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | PM Anwar bakal buat pengumuman penting negara pada 30 Ogos dan 16 Sept ini | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | 

Untung Bersih Dialog Meningkat Kepada RM593.55 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Dialog Group Bhd meningkat kepada RM593.55 juta bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2026 daripada RM303.82 juta pada tahun kewangan 2025.

Menurut syarikat minyak dan gas asli itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia, bagi keseluruhan tahun kewangan, perolehan meningkat 15.3 peratus kepada RM2.88 bilion daripada RM2.50 bilion pada tahun sebelumnya.

Bagi suku keempat berakhir 30 Jun 2026, Dialog mencatat keuntungan bersih yang lebih tinggi sebanyak RM167.47 juta daripada RM147.38 juta sebelumnya manakala perolehan meningkat kepada RM774.55 juta daripada RM608.34 juta.

Ad Banner

“Prestasi kukuh bagi suku semasa dan seluruh tahun kewangan didorong oleh sumbangan positif  semua segmen perniagaan kumpulan terutama operasi kami di Malaysia,” menurutnya.

Menurut Dialog, operasi kumpulan itu di Malaysia kekal aktif dalam sektor hiliran, pertengahan dan huluan, sekali gus menghasilkan sumbangan keuntungan keseluruhan yang tinggi bagi suku dan tahun kewangan semasa.

Syarikat itu memaklumkan prestasi perniagaan sektor hiliran semakin baik, didorong oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada pelbagai projek kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC), disokong oleh projek baharu yang sedang dilaksanakan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Sementara itu, perniagaan sektor pertengahan terus mencatatkan perolehan dan pendapatan yang stabil, disokong oleh kadar penggunaan kapasiti penyimpanan tangki yang baik.

"Operasi huluan menerima manfaat daripada harga minyak direalisasikan yang lebih tinggi walaupun jumlah sumbangan bagi suku tahun semasa dan tahun kewangan adalah rendah berikutan pengeluaran yang berkurangan," menurutnya.

Menurutnya kumpulan itu turut merekodkan sumbangan keuntungan yang lebih tinggi daripada operasi antarabangsa bagi suku semasa dan keseluruhan tahun kewangan, didorong oleh peningkatan jualan produk dan perkhidmatan khusus di beberapa negara.

Melangkah ke hadapan, Dialog memaklumkan untuk terus menumpukan kepada pelaksanaan strategi jangka panjang utamanya.

"Dengan sokongan pasukan pengurusan kami yang berdedikasi, kami yakin model perniagaan kami distrukturkan dengan baik untuk menghadapi cabaran yang timbul akibat ketidaktentuan ekonomi, turun naik harga minyak dan pergerakan mata wang serta konflik geopolitik yang berterusan di Asia Barat," menurutnya.

-- BERNAMA