BERITA TERKINI   PM Anwar adakan lawatan kerja ke Brunei pada 21-22 Ogos bagi hadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | Malaysia-Brunei dijangka memeterai MoU kerjasama pengurusan bencana - Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei | PM Anwar bakal buat pengumuman penting negara pada 30 Ogos dan 16 Sept ini | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | PM Anwar arah siasatan terhadap anak syarikat Khazanah, kesan aspek pelanggaran tatakelola | 

Untung Bersih Malaysian Pacific Industries Naik Kepada RM188.04 Juta Bagi Tahun Kewangan 2026

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Keuntungan bersih Malaysian Pacific Industries Bhd bagi tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026 (TK2026) meningkat kepada RM188.04 juta berbanding RM153.78 juta tahun lepas, didorong oleh pendapatan yang lebih tinggi. 

Pendapatan syarikat bagi tahun kewangan 2026 meningkat sebanyak 24 peratus kepada RM2.64 bilion daripada RM2.13 bilion.

Perolehan daripada segmen Asia, Amerika Syarikat dan Eropah masing-masing meningkat sebanyak 23 peratus, 52 peratus dan 10 peratus, berbanding tempoh yang sama bagi tahun kewangan 2025.

Ad Banner

Bagi suku keempat 2026 (S4 2026), keuntungan bersih meningkat kepada RM44.22 juta daripada RM43.52 juta, manakala pendapatan meningkat kepada RM736.63 juta daripada RM564.01 juta sebelumnya. 

Dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, syarikat pegangan pelaburan itu menjelaskan bahawa lembaga pengarahnya tetap yakin dengan kemampuan kumpulan itu untuk memanfaatkan pertumbuhan mampan industri semikonduktor global.

“Kumpulan ini akan mengutamakan pengembangan ke segmen margin yang lebih tinggi, terutamanya pelayan dan sensor kecerdasan buatan, sambil memanfaatkan kepakaran teknologinya untuk membuka peluang baharu. 

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

“Pada masa sama, pihak pengurusan sedang aktif mengurangkan kos pengeluaran yang semakin meningkat di tengah-tengah ekonomi global yang mencabar dan ketidaktentuan geopolitik.

“Oleh itu, bagi menyokong strategi ini, kumpulan ini akan terus menyediakan penyelesaian yang reponsif dan berpusatkan pelanggan, mengukuhkan hubungan jangka panjang serta menyediakan sokongan berkualiti tinggi yang konsisten,” katanya. 

-- BERNAMA