BERITA TERKINI   PM Anwar utus surat kepada Presiden Prabowo berkait isu pelaburan FELDA, syarikat EHP di Indonesia | PM Anwar kesal pihak perlekeh isu tatakelola dan salah guna kuasa, main sentimen kaum dan agama | Agong titah pastikan siasatan tatakelola, hal ehwal FELDA telus dan segera - PM Anwar | 

Saham  YTL Corp Naik 1.64 Peratus Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Harga saham YTL Corporation Bhd (YTL Corp) meningkat 1.64 peratus pada dagangan awal Jumaat, meskipun syarikat itu melaporkan keuntungan bersih lebih rendah bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2026.

Pada 10.20 pagi, saham YTL Corp meningkat empat sen kepada RM2.47 dengan 19.27 juta unit didagangkan.

Keuntungan bersih syarikat susut kepada RM1.43 bilion pada tahun kewangan 2026 daripada RM1.96 bilion setahun sebelumnya, manakala hasil meningkat kepada RM31.61 bilion daripada RM30.79 bilion tahun sebelum itu.

Ad Banner

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, YTL Corp berkata segmen simen dan industri bahan binaan, operasi hotel serta utiliti mencatatkan hasil lebih tinggi. 

Bagaimanapun, segmen pembinaan, pelaburan dan pembangunan hartanah serta perkhidmatan pengurusan dan lain-lain merekodkan hasil lebih rendah.

Dalam satu nota penyelidikan, CGS International berkata YTL Corp masih belum memperoleh manfaat daripada mana-mana projek infrastruktur besar luar daripada nilai tender bernilai RM10 bilion hingga RM15 bilion.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Namun syarikat itu sedang bersaing bagi projek sistem LRT Pulau Pinang, jambatan rel dari Pulau Pinang ke tanah besar serta beberapa projek rel/metro di luar negara.

“Sehingga perkara itu berlaku, kami berpandangan jurang permodalan pasaran yang semakin besar antara YTL Corp dan anak syarikat utamanya, YTL Power International, memberikan peluang kepada pelabur untuk menambah pegangan dalam YTL Corp.

“Kami mengekalkan saranan ‘Tambah’ dengan harga sasaran RM3.19,” katanya.

-- BERNAMA