BERITA TERKINI   Zetrix AI telah mengemukakan cadangan penyelesaian kepada kerajaan bagi menangani isu tunggakan penyerahan wang | AKPS sita 637 tan biji koko dari Uganda bernilai RM11.8 juta di Pelabuhan Pasir Gudang Sabtu lepas | PM Anwar ucap tahniah, syabas kepada Harimau Malaya rangkul tempat ketiga saingan Piala ASEAN FIFA 2026 | Piala ASEAN FIFA: Malaysia 1-0 Vietnam | Kerajaan Johor sedia teliti keperluan asas sekolah bagi tingkatkan keselamatan susulan kes kematian pelajar di Yong Peng - MB | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi

Oleh Muhammad Fawwaz Thaqif Nor Afandi

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi hari ini selepas disokong oleh belian murah berikutan penurunan harga minggu sebelumnya.

Peniaga proprietari Iceberg X Sdn Bhd David Ng berkata sentimen pasaran turut disokong oleh minyak sayuran pesaing yang lebih kukuh.

Ad Banner

“Bagaimanapun, kebimbangan terhadap peningkatan inventori domestik terus menghadkan kenaikan harga MSM.

“Kami melihat harga disokong pada paras RM4,450 setan, dengan rintangan pada RM4,600 setan,” katanya kepada Bernama.

Pada penutup, kontrak Oktober 2026 meningkat RM36 kepada RM4,390 satu tan, manakala November 2026 mengukuh sebanyak RM39 kepada RM4,480 satu tan dan Disember 2026 menokok RM43 kepada RM4,578 satu tan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, Januari 2027 naik RM45 kepada RM4,672 satu tan, Februari 2027 bertambah RM52 kepada RM4,761 satu tan dan Mac 2027 lonjak RM55 kepada RM4,841 satu tan.

Jumlah dagangan turun kepada 87,313 lot berbanding 164,637lot yang disaksikan pada Jumaat lepas, manakala kepentingan terbuka susut kepada 329,113 kontrak daripada 334,658.

Harga MSM fizikal bagi Oktober Selatan menambah RM20 kepada RM4,420 setan.

-- BERNAMA