BERITA TERKINI   Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal dimasyhur sebagai Canselor UniKL baharu menggantikan Sultan Pahang | Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen ke-23 UniKL | 

Kingfa, Plastech China Dan Eternal Asia Teroka Peluang Dapatkan Bekalan Dari Malaysia – Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Kingfa, Plastech China dan Eternal Asia sedang meneroka peluang mendapatkan bekalan dari Malaysia, meliputi bahan kimia khusus, polimer dan produk berasaskan sawit.

Pengerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata pelaburan asing turut membuka peluang besar kepada syarikat Malaysia untuk menjadi pembekal kepada syarikat global.

Beliau berkata demikian dalam hantaran di platform sosial medianya hari ini selepas menyertai Malaysia-China High-Level Trade and Investment Dialogue di Shenzhen bersama Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ad Banner

Dialog itu menghimpunkan 23 syarikat terkemuka China termasuk Tencent, Xiaomi dan EVE Energy.

Tengku Zafrul berkata China mencatatkan RM38.6 bilion pelaburan diluluskan di Malaysia dalam tempoh sembilan bulan pertama 2026.

“Bagi saya, kejayaan hubungan ekonomi ini juga mesti diukur melalui berapa banyak perusahaan kecil dan sederhana dan pembekal Malaysia yang berjaya menembusi rantaian bekalan antarabangsa,” katanya.

Ad Banner
Ad Banner

-- BERNAMA