BERITA TERKINI   Tengku Mahkota Pahang Tengku Hassanal dimasyhur sebagai Canselor UniKL baharu menggantikan Sultan Pahang | Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah dianugerah Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan sempena Majlis Konvokesyen ke-23 UniKL | 

Bursa Malaysia Dijangka Diniaga Berhati-hati Minggu Depan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka diniagakan berhati-hati minggu, para pelabur mungkin akan memantau dengan teliti data ekonomi penting Amerika Syarikat (AS) serta perkembangan berkaitan prospek kadar faedah Rizab Persekutuan (Fed) AS.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd, Thong Pak Leng berkata para pelabur akan memantau anggaran kedua Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS bagi suku ketiga 2026 serta data inflasi Perbelanjaan Penggunaan Peribadi (PCE) bagi bulan Oktober, kedua-duanya dijadualkan untuk diumumkan pada Rabu depan.

Ad Banner

“Memandangkan Wall Street akan ditutup sempena sambutan Thanksgiving pada Khamis depan, penyertaan dagangan yang lebih rendah mungkin meningkatkan lagi ketidaktentuan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Pasaran saham tempatan mengalami tekanan pada minggu ini berikutan gelombang penjualan saham teknologi dan semikonduktor di peringkat global, ditambah pula dengan kebimbangan mengenai pulangan daripada pelaburan dalam kecerdasan buatan (AI), keadaan ini telah melemahkan sentimen pelabur dan mendorong mereka untuk beralih daripada aset yang lebih berisiko.

Aktiviti penjualan di Wall Street semakin meningkat dalam persekitaran kebimbangan sama ada pelaburan besar-besaran dalam infrastruktur AI akan menjana pulangan yang mencukupi, sentimen negatif itu turut menular ke pasaran tempatan, sekali gus memberi tekanan kepada saham-saham berkaitan teknologi.

Ad Banner
Ad Banner

Bagi tempoh Jumaat ke Jumaat, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 26.08 mata kepada 1,556.51 daripada paras 1,582.59 pada minggu sebelumnya.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 245.03 mata kepada 11,491.86, Indeks FBM Top 100 turun 230.83 mata kepada 11,340.82, Indeks FBM Emas Shariah merosot 280.44 mata kepada 11,299.24, Indeks FBM ACE berkurangan 244.33 mata kepada 4,818.81 manakala Indeks FBM Mid 70 menguncup 503.50 mata kepada 16,279.83.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga susut sebanyak 43.75 mata kepada 739.32, Indeks Perladangan merosot 69.71 mata kepada 8,687.76, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 9.87 mata kepada 160.22 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 208.80 mata kepada 18,303.40.

Jumlah dagangan mingguan naik kepada 16.63 bilion unit bernilai RM14.12 bilion daripada 11.59 bilion unit bernilai RM7.70 bilion pada minggu sebelumnya.

Jumlah dagangan Pasaran Utama naik kepada 8.17 bilion unit bernilai RM12.43 bilion daripada 4.33 bilion unit bernilai RM8.90 bilion sebelumnya.

Jumlah dagangan waran naik kepada 4.42 bilion unit bernilai RM534.03 juta daripada 3.27 bilion unit bernilai RM394.43 juta.

Jumlah dagangan Pasaran ACE menokok kepada 4.02 bilion unit bernilai RM115.11 bilion daripada 2.60 bilion unit bernilai RM734.92 juta pada minggu sebelumnya.

-- BERNAMA