BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Brunei untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 | RCI TH: Lima kertas siasatan dibuka, 127 individu diambil keterangan - Bukit Aman | Malaysia akan guna saluran diplomatik ASEAN cari penyelesaian isu jerebu rentas sempadan - Mohamad Hasan | 

FBG Holdings Mohon Tamatkan Kerjasama Dengan PDC Bagi Pembangunan Medicity

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- FBG Holdings Bhd sedang memohon untuk menamatkan kerjasamanya dengan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) bagi cadangan projek pembangunan bersama MediCity di Batu Kawan, Pulau Pinang.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, FBG menyatakan anak syarikat milik penuhnya, FBG Land Sdn Bhd (FBL), telah menulis surat kepada PDC pada 21 Ogos, 2026, berhubung Perjanjian Pembelian dan Pembangunan Induk (PDA) yang dimeterai oleh FBG, FBL dan PDC bagi projek berkenaan.

“FBG mencadangkan agar pihak-pihak terbabit membincangkan penamatan kerjasama sedia ada di bawah PDA secara teratur,” tambahnya.

Ad Banner

Kumpulan pembinaan dan pembangunan hartanah itu memaklumkan perbincangan antara FBL dan PDC mengenai penamatan itu sedang berlangsung, sambil menambah pengumuman lanjut akan dibuat apabila terdapat perkembangan penting atau sebaik sahaja pihak-pihak berkaitan mencapai kata sepakat berhubung terma dan syarat penamatan berkenaan.

FBG dan FBL telah memeterai PDA dengan PDC pada 20 Januari, 2025.

Di bawah perjanjian itu, FBG menjangkakan fasa pertama projek Medi-City Pulau Pinang akan mempunyai nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM2 bilion.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Kira-kira 30 peratus daripada pembangunan fasa pertama itu akan merangkumi komponen perubatan, termasuk sebuah hospital pakar dengan 200 katil, pusat kesejahteraan dan kompleks penjagaan kesihatan.

Fasa pertama itu juga turut meliputi pembinaan FBG Global Park yang akan berfungsi sebagai kawasan komersial, serta sebuah sekolah antarabangsa dan komponen kediaman yang merangkumi pangsapuri perkhidmatan dan vila.

-- BERNAMA