BERITA TERKINI   PM Anwar tiba di Brunei untuk menghadiri Rundingan Pemimpin Tahunan ke-27 | RCI TH: Lima kertas siasatan dibuka, 127 individu diambil keterangan - Bukit Aman | 

Niaga Hadapan MSM Ditutup Tinggi Bagi Sesi Kelima Berturut-turut

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Jumaat, meneruskan kenaikannya bagi sesi kelima berturut-turut, disokong oleh niaga hadapan minyak kacang soya yang lebih kukuh di Chicago Board of Trade (CBOT).

Pedagang proprietari Iceberg X Sdn Bhd, David Ng,berkata harga minyak mentah yang lebih tinggi turut meningkatkan sentimen pasaran.

Ad Banner

“Kontrak niaga hadapan MSM penanda aras November 2026 meningkat melebihi RM5,000 setan, meneruskan momentum positifnya yang kukuh hari ini.

"Kebimbangan yang berterusan terhadap cuaca juga mendorong kenaikan harga dalam jangka masa terdekat," katanya kepada Bernama.

Ng berkata beliau melihat paras sokongan pada RM4,850 setan dan paras rintangan pada RM5,100 setan.

Ad Banner
Ad Banner
Ad Banner

Sementara itu, ketua penyelidikan komoditi Sunvin Group yang berpangkalan di Mumbai, Anilkumar Bagani, berkata niaga hadapan MSM meneruskan kenaikannya minggu ini, dengan kontrak penanda aras November 2026 ditutup melebihi RM5,000 setan, sejajar dengan jangkaan.

“Harga minyak sawit berada dalam trend meningkat, didorong oleh pembelian dana yang kukuh dalam niaga hadapan olein sawit dan minyak kacang soya yang ditapis, dilunturkan dan dinyahbau (RBD) Dalian Commodity Exchange (DCE), serta pembelian dalam pasaran fizikal.

"Kekuatan niaga hadapan tenaga dan pasaran minyak sayuran dan biji minyak yang berkaitan turut memberikan sokongan tambahan," kata Bagani kepada Bernama.

Pada penutup dagangan,  kontrak September 2026 meningkat RM57 kepada RM4,791 setan, Oktober 2026 menokok RM62 kepada RM4,934 setan, dan November 2026 menambah RM57 kepada RM5,018 setan

Kontrak Disember 2026 meningkat RM52 kepada RM5,077 setan, Januari 2027 menambah RM48 kepada RM5,118 setan, dan Februari 2027 naik RM46 kepada RM5,141 setan.

Jumlah dagangan menyusut kepada 121,114 lot daripada 124,014 lot, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 342,115 kontrak daripada 338,827 kontrak sebelumnya.

Harga fizikal MSM bagi Selatan September meningkat sebanyak RM50 kepada RM4,770 setan.

-- BERNAMA